Hidangan bersahur atau berbuka tidak bangkit enaknya jika tanpa sambal yang pedas dan sedap. Bulan puasa ini, apa kata anda buatkan stok sambal bilis kering yang pedas berapi ini untuk simpanan.
Bukan hanya ringkas bahkan sambal ini boleh bertahan sampai dua minggu. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resipi perkongsian Pn Hasliza Sabaj.
Siap jugak stok sambal cili berapi. Makan kalau tak ada sambal tak sah, setakat ni buat boleh tahan 2 minggu atau lebih mungkin lah.
Tak simpan dalam peti pun, kalau simpan dalam peti mungkin tahan lebih lama lagi, boleh jugak dimakan bersama ubi rebus. Yang nak try buat tu leh tengok gambar resepinya.
Bahan-bahan:
Cili padi
Cili besar hijau -pilihan
Bwg besar, bwg putih
Ikan bilis -bergantung pada berapa banyak cili nak masak
Bagi yang tak tahan pedas boleg kurangkan cili dan campur dengan lada besar hujau, kalau saya memang suka yang pedas berapi.
Blend kering semua bahan-bahan kat atas tadi. Kalau tak ada blend kering boleh jugak blender biasa campur air sikit, cuma lama sikit lah masak sebab nak keringkan air.
Sebelum menumis lada yang dah diblender tadi goreng ikan bilis sampai garing, angkat dan biar sejuk.
Tumis bahan-bahan yang dah diblend tadi, sampai lada betul-betul masak, api kecik je. Kalau guna blender biasa lama lah sikit lada nak kering dan garing.
Perasakan dengan gula, garam, aji dan sedikit air asam jawa. Bila lada dah bertukar warna gelap, matikan api tunggu sambal sejuk, boleh simpan dalam bekas bertutup, boleh jugak dijadikan pes untuk buat nasi goreng, sambal ikan atau ayam dan lain-lain.
Sambal yang dah sejuk tadi boleh jugak dicampur dengan ikan bilis, gaul sebati pastu simpan dalam bekas bertutup, makan dengan nasi panas-panas bersama ulam-ulaman. Dah siap makan tutup sambal simpan je kat atas meja, nak makan tinggal senduk je.
Boleh tahan sampai 2 minggu pada suhu luar, kalau simpan dalam peti mungkin tahan lebih lama lagi, setakat ni saya letak kat luar je boleh tahan 2 minggu tu pun pasal sambal abis licin.
Ni lah rupa sambal yang dah siap digaul dengan ikan bilis goreng, pedas berapi. Kalau tak pedas bukan sambal namanya kan.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Resipi Sambal Tumis Bilis Legend, Paling Sedap, Air Tangan Orang Lama, Superb!
Sambal Nasi Lemak Padu, Tumis Lama-Lama, Sedapnya Lain Macam
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)