Menu-menu ringkas selalunya menjadi pilihan kita. Masa yang tidak cukup selepas pulang bekerja membuatkan kita terpaksa mencari menu ringkas untuk sajian keluarga.
Apa kata kali ini kita cuba satu lagi resipi paling ringkas tapi super power untuk anak-anak dan suami. Ikan bilis sahaja tapi dipadankan dengan tempoyak yang buat nasi bakal bertambah-tambah. Nak buat macam mana? Jom cuba resipi padu ini.
Bahan-bahan:
Ikan bilis – goreng garing kemudian ketepikan
Cili api – ditumbuk
Bawang kecil – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Petai – dihiris
Bawang besar – dihiris
2-3 sudu besar tempoyak
Asam keping
Sos tiram
Untuk buat sambal tempoyak, cili api dan garam ditumbuk kemudian gaulkan.
Siapa kata lauk pantang tak best? Dan siapa kata lauk pantang boring, asyik sama je dengan menu rebus, panggang dan kukus? Baik menu kukus, rebus atau panggang jika diberikan olahan yang baik pastinya buat ibu berpantang rasa nak makan bertambah-tambah. Silap hari bulan masih teringat-ingat walaupun sudah habis tempoh berpantang. Punyalah rindu dengan menu-menu hebat ni.
Menu berpantang yang dikongsikan oleh Puan Hayati Bekri di facebooknya ini memang semuanya sedap belaka. Biarpun menggunakan cara memasak seperti rebus, kukus dan panggang sahaja tetapi resipi yang disediakan memang awesome. Semuanya segar-segar belaka. Barulah nutrisi dibekalkan dengan sebaiknya dan susu ibu makin bertambah. Jom sediakan set sama seperti ibu ni. Mantap!
“Sape cakap lauk pantang tak best? Sedap la.(tapi nasi tak boleh tambah jugak). Saja nak share menu & resepi masa saya berpantang, today dah masuk 2 hari saya habis pantang. Kalau ada yang nak share, silakan. Nanti bila dah bersalin boleh tengok balik, insyaAllah.
Tapi kena pandai jugak rasa-rasa mana yang sesuai dengan keadaan badan kita k. Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi….”
DAGING BAKAR
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut
Lada hitam
Garam
Minyak
Cara memasak :
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam. Kemudian panggang sehingga masak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
DAGING MASAK HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
Cara Memasak:
1. Rebus daging hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan daging bersama air rebusannya beserta air asam jawa.
4. Perasakan dengan sedikit garam, biarkan mendidih dan angkat.
SUP LOBAK MERAH BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
1/2 biji lobak merah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi panas.
DAGING STIM HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Hiris nipis daging dan kesemua bahan.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga daging masak.
3. Sedia dihidang bersama nasi panas.
IKAN SELAR STIM LADA HITAM
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
Sedikit lada hitam
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1. Masukkan ke semua bahan dalam pengukus.
2. Taburkan sedikit lada hitam.
3. Kukus hingga masak.
DAGING MASAK SINGGANG
Bahan-bahan:
300gm daging -dihiris nipis
2 inci halia
Sedikit lengkuas
Asam keping
Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih, perasakan dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Jadi mana satu pilihan mama? Simpan semuanya kemas-kemas, bila tiba waktu berpantang nanti bolehlah dicuba. Semua menu yang dikongsikan ibu ini sihat, segar dan paling penting ringkas cara penyediaannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambal Cekur ni merupakan menu utama orang berpantang. Biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Waahhh…orang tak pantang pun berselera makan!
Jom intai resepi yang dikongsi oleh wanita ini, boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share. 🥰
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je. 😁
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. 😆 Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yg digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
– Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing2. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dgn ibu, katanya jalan tu slow2 sikit kang melecet, duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yg loose) 😅
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Biasanya bahagian isi dada ayam kurang disukai anak-anak. Lepas ni mama tak perlu nak risau dah sebab bahagian dada tu boleh dibuat nuget dan pastinya anak akan berebut makan.
Jadi untuk membantu mama membuat nuget homemade, resipi yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya akan berikan satu kelainan dan anak-anak pun puas makan. Tak susah pun buat, senang sangat-sangat.
Bahan-bahan:
500g dada ayam potong halus blend bersama
3 keping keju slice
4 biji bawang putih
30 gram tepung ubi
1sdt serbuk perasa+1/2sdt garam+1sdt serbuk lada..nak pedas sikit tambah serbuk cili 1/2sdt
125 ml air sejuk.
Cara membuatnya:
1) Blend halus, tuang dalam satu bekas. Kemudian masuk 50g tepung gandum. Gaul rata hingga sebati.
2) Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Ratakan adunan dalam loyang. Kukus 25 minit atau hingga masak
3) Dah masak sejukkan sekejap. Potong
4) Bancuh 100g tepung gandum bersama 250ml air sejuk. Bancuh hingga tepung tak berketul.
5) Celup nugget dalam adunan. Gaul pula dalam serbuk roti, hingga bersalut. Rehatkan sekejap baru goreng.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.