Resipi sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup antara pembuka selera yang sangat mudah dibuat. Boleh bertambah nasi kalau dapat sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup ni. Kalau nak tahu cara penyediaanya boleh ikuti resipi dibawah.
Resipi wajib cuba: Lebihan Nasi Waktu Sahur Jangan Buang, Buatkan Apam Nasi Gebu Ni, Senangnya!
Resipi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup! Simple je
Bahan-Bahan:
*kentang
*ikan bilis
*bawang merah
*cili padi
*belacan (optional)
Cara-Cara:
*kentang potong nipis, kemudian digoreng.
*ikan bilis digoreng.
*cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk/blend kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
*perasakan dengan sedikit garam & gula.
*dah siap masak tunggu sejuk sedikit, last baru masukkan ikan bilis & kentang yang dah digoreng. gaul rata. siap
Resipi wajib cuba: Kek Marjerin Terlajak Senang Wangi Gebu Guna Sukatan Cawan Je!
Kredit Resepi: Nabilah Zuillkipli