Nasi dengan kuah dan lauk panas tak cukup lengkap tanpa sambal pedas menyengat. Apa kata kali ini cuba Sambal Lonte Jawa yang pastinya tak cukup nasi sepinggan. Memang padu.
Jom cuba resipi Sambal Lonte ini, perkongsian Pn Umi Watie. Memang sedap!
Kecur air liur setiap kali membayangkan sambal lonte ini. Memang berani jamin, nasi seperiuk habis terbang. Diet? Dah lama berkubur. Hukhuk.
Sambil makan sambil menangis, pedas, manis, masin dan masam memang ngam gila. Lawankan pula dengan ulaman. Kakchik jumpa resepi ini di wall adik manis Nurhayati Abd Malek. Jom kita start.
SAMBAL LONTE JAWA
Bahan-bahan:
Belacan
Bawang besar
Lada Merah
Cili api
Limau
Bahan bahan potong kecil.
Gorengkan semua bahan. Limau pun jangan goreng sekali. Kang kakchik goreng kau sekali baru tau.
Tapis elok-elok.
Tumbuk semua bahan. Kecuali limau.
Perasakan dengan gula dan garam. Ini hanya optional ya. Ikut suka.
Tadaaaa dah siap.
Memang padu teruk. Dapat nasi panas, cicahkan dengan ulaman peeghhh hanyut terus lima enam pinggan.
Menarik: Guna Kaedah Kiub Simpan Santan Segar, Lagi Tahan Lama, Nak Guna Masuk Seketul Dua
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI