Kadang-kadang kita nak makan lauk simple je, barulah berselera. Biarpun ringkas tapi itulah yang buat kita makan bertambah-tambah nasinya. Salah satu resipi yang boleh diuat saat lapar tapi tak mahu lauk terlalu ‘heavy’ adalah sambal telur cili kering ni. Mantap!
Untuk anda yang mungkin buntu nak masak apa sahur nanti, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan Wan Luqman ni. Perkongsian di laman Facebook mencecah 54k! Nak buat mudah dan rasanya confirm sedap.
Ikuti perkongsian resipi TELUR SAMBAL CILI KERING ini.
Assalam sis.
TELUR SAMBAL CILI KERING.
Suapang pertama mesti mikir “eh kene tamboh nasik ni!”.
Hehe harini ambe makan nasi putih dengan lauk ni je. Mu renjis² kicap manih, peroh asang lima, tabur daun bawang skit. Nyandorrrrr.
Selamat mencube dan selamat namboh nasik! Jom semua orang buat kita kasi viral! 🤣🤣
Sajian minum petang terasa tidak lengkap tanpa sepinggan manisan pencuci mulut. Namun bagaimana pencuci mulut yang dipilih untuk disajikan kepada anak-anak dan suami di petang hari? Jika buntu dengan menu yang sama, apa kata anda cuba sediakan Apam Susu Gebu Gebas ini. Naik penuh sehingga memenuhi periuk kukus, buat rasa terliur untuk mencuba.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Eyza Liza ini nampak cukup mudah. Malah paling menarik hanya gunakan blender sahaja. Bukan itu sahaja malah apam susunya punyalah gebu malah naik hingga penuh periuk kukus. Tak susah pun, enam bahan sahaja sudah siap sedia untuk anda mula memasak. Jom cuba!
Tengok la hampa…dia punya gebu tu memang tak boleh bincang. Dia punya naik sampai lebih pada bekas.
Apam susu gebu gebas
Bahan A:
Bahan A:
4 bji telur (Suhu bilik)
1 sudu besar ovalette (suhu bilik)
3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)
1 sudu kecil Asen Vanilla
1 cwn gula
*Semua bahan kat atas ni mix sampai kembang dan putih (ringan)
*Sapa tak ada mixer, nak guna blender pun boleh.
Bahan B:
Tepung gandum 2 cwn (saya pakai cap rose)
*Dah siap blend semua bahan kat atas tu masukkan pula 2 cawan tepung gandum. Kaub balikkan saja) dan gaul bagi sebati.
Lepas tu asingkn dalam 3 ke 4 bekas letak warna beza-beza. Jangan lupa sapu acuan dengan plnta dulu.
Lepas tu boleh la kukus selama 30 minit dengan api yang kuat dan pastikan air mendidih dahulu baru masukkan.
Ok, siap!
Tips:
* Untuk elakkan apam bantat, pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain dahulu sebab kalau air menitik apam akan jadi bantat dan permukaan tak cantik.
* Macam eyza tak ada lapik apa-apa pun sebab pengukus eyza tak menitik.
* Pastikan mixer atau blend selama mungkin ya, dalam 15 ke 20 minit pun dah ok sebab apam susu ni, lagi lama kita putar, lagi gebu. So sapa yang rajin tu, putar la lama-lama ya.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teringin nak makan sesuatu yang ‘light’ sebab dah bosan makan nasi bersama lauk. Mahukan sesuatu yang mudah dan ringkas tetapi masih mampu buat kita kenyang.
Anak-anak juga kurang gemar nasi jadi nak kena cari resipi yang sesuai untuk menarik selera makan mereka. Memandangkan di kebanyakan kawasan sekarang musim hujan, memang sedap kalau dapat makan sesuatu yang panas seperti sup.
Menerusi perkongsian Zurina Zulkefli di grup masakan Masak Apa Hari Ni? (MAHN), telah berkongsi resipi sup wantan yang mudah untuk disediakan.
Sup Wantan Untuk Minum Petang
Bahan Inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
✓ Campurkan semua sekali dan gaul sebati
✓ Bungkus inti menjadi wantan
Cara Memasak:
✓ Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
✓ Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
✓ Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
✓ Akhir sekali boleh masukkan wantan.
✓ Sedia dihidang.
Pasti berselera makan seringkas ini. Tetap mengenyangkan dan inti wantan boleh digantikan mengikut citarasa sendiri. Selain daging, boleh digantikan dengan isi ayam atau udang. Mahu tambah sumber karbohidrat, bolehlah dimasak bersama mi. Sedapnya, selamat mencuba!
Cuti yang masih berbaki sehari lagi ini pastinya diberikan tumpuan kepada persiapan anak-anak ke sekolah. Sambil sediakan kelengkapan anak, sajian menu usah dilupakan begitu sahaja. Anak-anak pastinya makin bertambah gembira bila disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan ibu. Apa lagi kala dihidangkan dengan aiskrim buat mereka.
Tak perlu beli aiskrim di restoran makanan segera sebaliknya sediakan sahaja aiskrim hebat ini di rumah. Tak percaya? Resipi Aiskrim Orea Ala-Ala McD yang disediakan ibu ini, Nurasyikin Ali memang awesome. Pokok kata sedapnya sampai anak berebut-rebut. Jom cuba!
Kalau minggu lepas buat aiskrim goreng viral. Minggu ni tekak mengidam Homemade Aiskrim Oreo ala-ala McD pulak. Apalagi memprojek la Kak Ekin kau kat rumah. Hasilnya walaaahhh! Dah macam Haagen Dazs la kata incik asben. Konon kan. By the way, sila lah nengok resipi simple & sedap kat bawah kay.
Aiskrim Orea Ala McD
1 1/2 gelas susu cair
1/2 tin susu pekat (ikut kesukaan masing2)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 paket biskut oreo
Bahan-bahan yang diperlukan cuma susu cair, susu pekat, ovalette,esen vanilla, dan biskut oreo.
Senang sangat nak buat aiskrim homemade ni. Korang masukkan susu cair dalam blender. Lepas tu tuang esen vanilla.
Masukkan pulak susu pekat.. kalau suka manis boleh tambah lagi. Nak masukkan sikit biskut pon boleh. Blend dalam 5 minit.
Tuang ke dalam bekas.
Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan gaul bagi sebati.
Tadaaa….dah siap. Masuk freezer pastu dah bole ngap! Senang sangat! Lepas tu masukkan ke dalam freezer. Tunggu sampai beku. Siap!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.