Jika selera untuk makan nasi semakin berkurangan, menu ringkas berlaukkan ikan goreng sudah cukup membuatkan selera bangkit. Pun begitu menu ringkas hilang serinya tanpa sambal yang menaikkan rasa.

Mahukan rasa ringkas tetapi padu dan power, Sambal Totok Jawa dengan Petai Rangup yang dikongsikan oleh Srezuan Nazlan Ismail ini pastinya buat anda makan bertambah. Paling ringkas, senang hendak disediakan dan cukup menyengat. Wajib cuba!

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Makan Nasi Panas-Panas, Padu!


Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar je mesti boleh buat lepas ni. Awas! Boleh jadi ejen penambah nasi ! Bahaya untuk diet anda.

Bahan-bahan:
Ikan bilis -digoreng
Petai
Cili merah
Cili padi hijau
Bawang merah
Belacan

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Makan Nasi Panas-Panas, Padu!

Ads

Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis. Ketepikan.

Kemudian goreng cili dan bawang.

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Makan Nasi Panas-Panas, Padu!

Ads

Tumbuk lumat cili dan bawang. Kemudian masukkan ikan bilis goreng. Tumbuk sebati.

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Makan Nasi Panas-Panas, Padu!

Akhir sekali, masukkan petai dan kacau rata.

Ads

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Makan Nasi Panas-Panas, Padu!

Siap di makan bersama nasi panas-panas.

Wajib cuba: Resipi Dendeng Daging Mudah Perap Kena Lama Baru Sedap Menyengat!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI