Biskut samperit tidak dinafikan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Biskut legend ini kini semakin menerima pelbagai inovasi malah digabungkan dengan pelbagai bahan dan rasa mewah.
Terbaru, cikgu masakan yang cukup terkenal di media sosial, Azlina Ina Fans turut berkongsi resipi samperit kayangan, Samperit Lotus Biscoff yang pastinya buat anak-anak bertambah teruja untuk makan. Nak tahu macam mana enaknya Samperit Lotus Biscoff ini, jom cuba resipi hebat cikgu kita.
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat (kalau korang rasa nak kurang manis kurangkan le)
3 sb lotus spread
1/2 cawan tepung custard
3 cawan tepung jagung
Biskut lotus -untuk hiasan
Dengan caramel chocochip
Satu cawan marjerin dengan susu pekat masuk sekali. Kacau sebati.
Masukkan spread lotus pula. Kacau-kacau sebati lepas tu masukkan custard.
Terus masukkan tepung jagung sikit-sikit sambil uli sampai dapat doh yang lembut.
Cantik dohnya.
Guna acuan semperit, tak kisah pecah yang berapa.
Ok tekankanlah bunga dia.
Tengah-tengah dia, guna jari kelingking lekukkan sikit kat tengah.
Dengan menggunakan piping beg, isikan filling lotus. Tabur cookies crush yang kita hancurkan dari biskut.
Letaklah caramelchip. Loyang jangan lupa sapu majerin dulu ye. Ok panaskan oven 160 C, 5 minit dan masukkan tray dan up kan suhu 170 25 minit.
Bila cookies dah ringan dan belakang dia dah licin, kita sapu tak melekat kat jari belakang semperit ni makna dah masak.
Tara. Jual ikut bahan yang korang beli lah ya.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)