Selepas hari raya ini, boleh dikatakan kesemua sekolah anak-anak kita turut meraikan majlis sambutan hari raya di sekolah dan tadika. Apa menu yang anda sediakan untuk anak-anak ke sekolah?
Masak sendiri atau beli? Nak cuba menu paling mudah dan pantas, apa kata anda sediakan sandwich Strawberry Peanut Butter yang dikongsikan oleh Pn Syahirah Adnan. Memang mudah dan sedap!
Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik. Paling laris masa potluck di sekolah anak tadi.
Thank you pada sis yang share idea sandwich ni haritu. 4 bahan je nak buat sandwich ni.
Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga popular dengan perkongsian mengenai keibubapaan sekali lagi tampil berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak-anak untuk saling sayang antara satu sama lain.
Menurutnya, dia selalu berpesan kepada anak-anak tak kira peringkat umur untuk sentiasa menjadikan pesananya sebagai amalan setiap hari.
‘Macam mana nak pupuk kasih sayang antara adik beradik?’
‘Menggalakan mereka untuk sayang satu sama lain, untuk peluk satu sama lain, untuk cium satu sama lain.’
‘Lakukan 5 kali sehari setiap hari.’
Selain itu, Ini antara perkara yang perlu anda lakukan semasa anak-anak masih kecil kalau anda mahu hubungan adik beradik anak-anak terus kukuh dan bahagia sampai bila-bila yang pernah dikongsi dalam Majalah Pa&Ma.
Sama Adil
Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar. Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung. Alasan yang tua tidak jaga yang kecil. Apabila situasi ini terlalu kerap berlaku akan membuatkan si sulung membenci adiknya dan mereka secara tidak langsung menjadi jauh dan mencemburui antara satu sama lain.
Begitu juga apabila ingin membeli sesuatu pasti kan anda membelinya sama adil agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul. Mungkin anda rasa abang dah besar takkan nak beli permainan lagi. Abang tak payah beli adik sahaja. Anak-anak sentiasa menuntut untuk dilayan serta di hargai sama rata tidak kiralah apa jua situasi. Jadi anda lah yang perlu bijak mengawal situasi seperti berikut agar tiada yang terasa hati. Harus diingatkan juga, kebiasaannya anak yang rasa dirinya tidak disayangi semakin mereka besar semakin akan menjauh dari keluarga. Jangan sampai jadi begitu ya..
Sikap Tolong-Menolong
Walaupun mereka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi. Contohnya apabila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas. Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama. Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan. Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama.
Begitu juga apabila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga. Mungkin bantuan adik tidaklah besar mana kerana kemampuannya tetapi yang penting anda telah didik mereka adik beradik sentiasa bantu membantu dan susah senang bersama hanya dimulakan dengan perkara-perkara kecil.
Makan sama-sama
Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama. Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai antara satu sama lain. Malah akan membuatkan kasih sayang makin hari makin kuat antara satu sama lain.
Jaga antara satu sama lain
Sehari paling kurang sekali wajib pesankan pada anak-anak untuk mereka sentiasa jaga antara satu sama lain. Sebelum pergi sekolah atau boleh juga sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik dan begitu juga adik perlu jaga abang atau kakak……..”. Percayalah kalau dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini pada anak-anak apabila mereka dewasa kelak pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka adik beradik.
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu. Anda juga perlu pasti kan hubungan anda dengan adik beradik baik. Sentiasa tolong menolong, ziarah menzirahi serta sayang menyayangi antara satu sama lain. Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.
Kedatangan Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran walaupun negara masih lagi belum bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19. Namun pastinya ramai yang ‘rindu’ untuk pergi ke masjid bersolat tarawih secara berjemaah.
Walaupun masjid dah dibuka, namun ia masih lagi terhad. Bukan itu saja, bagi anda yang mempunyai anak kecil, mungkin agak sukar sedikit dan risaukan keselamatannya. Jadi bagi ingin menunaikan solat terawih ini, buat secara berjemaah dengan ahli keluarga di rumah. Tetap dapat ganjarannya!
Malah cara ini juga dapat memudahkan ibu yang ada anak kecil untuk solat dengan lebih selesa sama ada selepas anak dah tidur atau mood anak ok waktu itu. Berikut dikongsikan syarat paling basic dan juga tips untuk solat tarawih secara berjemaah di rumah bagi mereka yang pertama kali menjadi imam tarawih.
Solat tarawih
1. Solat tarawih ini dilakukan selepas solat Isyak. Jadi anda kena solat Isyak terlebih dahulu secara berjemaah sebelum menunaikan solat tarawih.
2. Selepas selesai solat Isyak, anda boleh nak berdoa dahulu dan menunaikan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau anda nak teruskan solat tarawih pun boleh juga.
3. Perlu ambil bilangan rakaat paling minimun iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat.
4. Sebelum menunaikan solat tarawih, pusing belakang dan beritahu makmum bahawa anda bakal menunaikan solat tarawih.
Tatacara solat terawih paling ringkas
Terdapat 4 tatacara solat tarawih yang paling ringkas boleh dilakukan dan perlu tahu:
1. Lafaz niat solat tarawih iaitu, ‘sahaja aku solat tarawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala’.
2. Kemudian, solat 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.
3. Selepas itu, teruskan 2 rakaat lagi. Lepas cukup 4 rakaat bagi salam.
4. Selesai 4 rakaat, boleh ambil sedikit masa untuk berehat. Kalau nak betulkan urat saraf yang sakit dan lenguh tu pun boleh.
5. Terakhir, sambung 2 lagi rakaat diikuti 2 lagi rakaat sehingga cukup 4 rakaat. Secara keseluruhannya anda dah tunaikan 8 rakaat.
Surah cadangan
Surah Al-Fatihah merupakan surah yang perlu dibaca setiap rakaat. Memandangkan ada 8 rakaat untuk solat tarawih, berikut merupakan cadangan surah yang boleh di baca setiap malam.
Rakaat Pertama: Surah Al Ma’un
Rakaat Kedua: Surah Al-Kautsar
Rakaat Ketiga: Surah Al-Kafirun
Rakaat Keempat: Surah An-Nasr
Rakaat Kelima: Surah Al-Masad
Rakaat Keenam: Surah Al-Ikhlas
Rakaat Ketujuh: Surah Al-Falaq
Rakaat Kelapan: Surah An-Nas
Soalan-soalan lazim mengenai solat terawih
Boleh baca surah-surah lain semasa solat tarawih?
Buat anda yang nak baca mana-mana surah, jawapannya boleh. Kalau nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh. Manakala, buat anda yang tak hafaz surah-surah, anda boleh buka Al-Quran dan letak di bahagian hadapan. Nak baca ayat panjang alang-alang pun boleh.
Kena solat witir tak lepas solat tarawih?
Jawapannya ialah terpulang. Nak solat pun boleh kalau tak nak pun boleh. Kalau anda nak buat secara individu pun boleh, kalau nak berjemaah juga pun boleh.
Nak kena baca apa-apa ke selang antara 2 rakaat solat tarawih dan masa rehat selepas 4 rakaat?
Jawapannya pun terpulang. Nak baca boleh, tak nak pun boleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baju sekolah anak yang semakin kusam dan kekuningan buat kita sakit mata memandangnya. Nak sental perlukan lebih tenaga yang bukan biasa-biasa.
Sebenarnya tidak perlulah menyental lebih, ada cara mudah yang dapat meringankan tugas menyental dan baju sekolah anak pun kembali putih.
Apa caranya? Perkongsian tip dari Pn Zakiah Hassan ini anda kena cuba.
Bahan-bahan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Letak sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Masukkan air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Sidailah baju putih macam biasa.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton. Selamat mencuba!
Kisah tragis bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini menyentuh hati ramai, memberi peringatan penting kepada ibu bapa tentang keselamatan anak di bawah jagaan orang lain.