Sebenarnya nak bonding dengan anak tak perlukan kos yang mahal pun. Tak perlulah setiap minggu nak ke mall atau belikan mainan anak-anak tiap minggu. Ada cara mudah lagi sweet yang mama papa boleh lakukan.

Salah satunya aktiviti di rumah seperti memasak bersama anak-anak. Tapi bukan mama saja yang berusaha untuk masak bersama anak-anak di rumah. Papa pun boleh turut sama.

Papa macho Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsi waktu bondingnya bersama dua anak terunanya. Bukan calang-calang resipi yang disediakan. Sardin Roll pilihan anak-anak yang nampak sedap. Jom cuba!


Malam ni main tepung lagi dengan anak teruna dua orang ni yang request nak makan Sardin Roll. Lelaki pun kena masuk dapur ye anak-anak. Besok-besok kalau dah kawin jangan dok silang kaki harap bini je yang masak.

Banyak lagi keje lain bini nak buat kat rumah selain masak. Sambil bancuh tepung sambil mulut baba duk pot pet kat anak-anak. Mama dari jauh tengah lipat kain menjeling je hehehe.

Baba buatkan doh dengan inti je.. lain-lain keje dioranglah. Yang nak resepi boleh tengok pada setiap gambar ye.

IKLAN

Resipi Sardin Roll Jadi Pelengkap Bonding Dengan Anak, Sweetnya Papa Ni!

Bahan-bahan Inti:

1 tin sardin tin
3 ekor ikan rebus
2 biji bawang bombay
Gula dan garam

1. Gaulkan semua bahan inti semua sekali sampai sebati.

IKLAN

Resipi Sardin Roll Jadi Pelengkap Bonding Dengan Anak, Sweetnya Papa Ni!

Bahan Kulit:
1kg tepung gandum
300ml air panas
250gm marjerin
1 sudu teh garam

2. Gaulkan marjerin, tepung gandum dan garam. Kemudian masukkan air panas mendidih dan gaulkan hingga menjadi doh.

IKLAN

Resipi Sardin Roll Jadi Pelengkap Bonding Dengan Anak, Sweetnya Papa Ni!

3. Canai doh nipis dan letak inti.

Resipi Sardin Roll Jadi Pelengkap Bonding Dengan Anak, Sweetnya Papa Ni! Resipi Sardin Roll Jadi Pelengkap Bonding Dengan Anak, Sweetnya Papa Ni!

. Goreng dengan minyak panas. Dah siap.

Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI