Buntu tercari-cari menu untuk bekal anak ke sekolah? Menu ringkas roti gulung yang dijadikan seperti sate ini pasti buat anak teruja nak makan. Hanya gulungkan roti bersama sosej dan kemudian di cucuk pada lidi sate. Memang ringkas.
Jom cuba perkongsian resipi roti mudah ini dari Reenny Nuaq. Memang simple dan cute. Anak mesti suka.
Lama tak up kat sini. Siap dah ibu buat untuk si kakak bawak ke sekolah kafa petang nanti jamuan raya. Satay roti sosej roll. Nanti baru goreng panas-panas.
Bahan-bahan:
Roti
Sosej
Serbuk roti
Telur
Lidi
Ads
1. Leperkan roti, letak sosej lepas tu gulung.
2. Lepas tu potong kecik-kecik.
3. Ambik lidi cucuk macam satay tu hehe.
4. Celup dalam telur yang sudah di pukul.
Ads
5. Taburkan serbuk roti hingga rata, lepas tu goreng.
6. Dah siap nanti makan cicah dengan sos dan mayonis.
Bosan menikmati sajian nasi setiap hari, apa kata bawakan ayam panggang terkenal, Nando’s ke rumah dengan cuba menyediakan nya sendiri untuk anak-anak.
Sos masam dan pedas yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini memang nampak menyelerakan. Nak buat pun nampak cukup mudah. Jom cuba ikuti resipi yang dikongsikan olehnya.
Apa kata kita masak resepi ayam dari Afrika Selatan. Pernah makan ayam Nando’s? Ya, kita masak Ayam Peri Peri macam dekat Nando’s tu. Kita buat sos dia sekali!
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
Sementara tunggu ayam ditos. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah, atau tambah cili padi.
Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Tu bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
Perah separuh lemon. Saya tak ada lemon, jadi saya gantikan dengan limau nipis.
Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya, dan kisar sehingga halus.
Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam. Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi. Limau nipis saya dah habis, jadi saya tambah cuka untuk tambah masam.
Rasa dah OK, tapi sos ni kurang likat, jadi saya pekatkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.
Yeya ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak bau dia bila keluar dari ketuhar.
Semasa saya siapkan ayam. Isteri saya buat coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw tu dia buat dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon. Eh, ada lemon? Biasalah kalau suami cari mesti tak jumpa. Kena isteri juga cari.
Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesi persekolahan sudah bermula, pastinya mama nak mencuba menu sarapan yang paling mudah dan simple. Yelah waktu pagi antara waktu yang paling sibuk buat mak-mak di rumah.
Mama boleh cuba menu mudah dan simple ini iaitu roti cheesy balut telur yang menggunakan 3 bahan sahaja. Anak-anak pun confirm suka!
Labu sememangnya makanan yang cukup berkhasiat malah baik untuk anak-anak kita. Anak pun suka kerana strukturnya yang lembut dan manis serta berlemak. Selain jadikan kudapan, ibu boleh juga variasikan resipi dengan menghidangkan resipi Puding Labu ini buat anak.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini di facebooknya ini memang ringkas. Hanya gunakan dua bahan sahaja. Mudah dan tak perlukan langkah yang menyukarkan ibu. Jom cuba!
Simple sesangat sebab guna dua bahan saja. Labu kuning (direbus) dengan telur ayam. Rasa dan texture dia ala-ala puding telur berperisa labu. Lembut dan sedikit gebus.
Versi mak mak, bingka labu kot kan. Ada tambahan bahan bahan lain. Dua bahan aje kita guna.
Labu kuning (dah dikukus/rebus) -anggaran dalam 2-3 cawan 2 biji telur -kalau telur gred A guna sebiji aje dah ok *bijan kalau ada tapi tak wajib untuk baby.
Masukkan semua bahan ke dalam blander. Blend aje sampai gebusss. Tuang ke dalam bekas.
Tuang dalam bekas kecil-kecil pun bagus. Boleh frozenkan. Nanti nak makan panaskan aje.Tadaaa. Siap untuk dibakor.