Hari ni sudah hari kesebelas kita berpuasa, tak lama lagi dah nak raya. Memandangkan kita masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mesti ada yang dah buat senarai untuk buat biskut raya sendiri nanti.
Kalau rasa nak cuba resipi biskut yang unik, apa kata cuba resipi semperit cream cheese yang dikongsikan oleh Yusliana Amoy menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Resipi wajib cuba: Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak, Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap!
Menurut Yusliana pada mulanya dibuat untuk makan sendiri sahaja, tapi syukur sebab akhirnya jadi sumber pendapatan pada musim PKP ni. Rugi kalau tak cuba!
Semperit Cream Cheese
1st time buat hari tu asalnya saja2 utk mkn sendiri. Tp jadi sumber pendapatan plk pd musim PKP ni. Alhamdulillah.
Sy share resepi.
🌸250 butter cup
🌸1/2 tin susu pekat
🌸5Og cream cheese tatura
Sebatikan bahan diatas. tak perlu pakai mixer.
Pastu masukkan..
🌸400g tepung jagung
🌸3 sudu tepung kastad
🌸1 sudu esen vanila
🌸pewarna ikut suka.
Untuk dapatkan warna warni..asingkan 3 bahagian untuk letak pewarna..masa nak tekan campurkan tiga-tiga warna.
Saya guna acuan tembaga saiz 13 .
Sekali adunan dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu .
Selamat mencuba!
Kredit: Yusliana Amoy (MAHN)
Resipi wajib cuba: Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka, Simple Tapi Super Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI