Resipi Semperit Lavender. Nak Makan Pun Sayang, Cantik Sangat Warna Purple!

Share

Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita berpuasa. Selepas itu, semua umat Islam akan meraikan hari kemenangan bersama-sama. Walaupun raya tahun ini agak berbeza, itu tidak seharusnya menghalang kita untuk menyambut Syawal dengan gembira.

Hikmahnya tahun ini, kebanyakan ibu membuat kuih rayanya sendiri. Pelbagai jenis resipi, baik yang mudah atau susah dicuba untuk menghasilkan kuih raya terbaik untuk dimakan ketika hari raya. Masih ada masa untuk buat kuih raya ni!

Resipi Lain: [Gaul & Terap Saja, Mudahnya Buat Biskut Suji Badam Ni. Guna 4 Bahan Ringkas!]

Resipi Semperit Lavender yang dikongsikan oleh Fatimah Ali ini sangat menarik. Rasanya mungkin sama seperti kuih semperit yang lain, tapi apa yang menarik adalah rupanya yang cantik.

Ikuti perkongsian resipi ini:

Penutup tirai…sebelum raya..
Semperit Lavender..buat atas permintaan sbb purple lover..
Cuci mata utk peminat purple
Semperit Lavender

Semperit Levender. ..hari ni..
Purple Colour..
Hijau acuan plastik pecah 8
Purple acuan plastik pecah 9

Resepi Semperit Lavender

Bahan-bahan:

250gm Buttercup..
1/2 cawan susu pekat
1sk esen vanila
1 sudu besar tepung beras
500 gm Tepung Jagung..
Pewarna kesukaan..
Coklat chip

Resipi Lain: [Kek Batik Horlicks Sedap. Tak Muak, Anak Pun Suka!]

Cara-cara:

1. Butter,susu esen vanila satukan dalam bekas. Kacau bg sebati sahaja..tak payah pukul sgt
2. Kemudian masukkan tepung beras. Diikuti tepung jagung. Sikit demi sedikit. Gaul bg sebati.
3. Akhir sekali bg dua bahgian..kalau nak buat dua warna. Ambil sedikit utk hijau, utk bahagian bawah. Selebihnya warna kesukaan.
4. Masukkan warna hijau dlm acuan..tekan sedikit sahaja.utk dptkan yg bawah. Kemudian ambil warna bhagian atas..tekan atas warna hijau. Ulang sampai penuh loyang.
5. Letak coklat chip.
6. Biarkan 15 minit di luar sebelum di bakar dlm oven.
7. Panaskan oven dgn off fan
8. Suhu 160. Bakar lebih kurang 40-45 minit bergantung oven masing2..

Selamat Mencuba..

Kalau macam ini punya cantik, nak dimakan pun jadi sayang. Resipi semperit yang dikongsikan oleh Fatimah tidak jauh berbeza dengan yang lain, tetapi warnanya yang cantik membuatkan ia jadi menarik untuk dicuba. Ada juga orang lain yang buat warna merah dan sebagainya, kreatif betul!

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham