Resipi serbuk beras dan serbuk ayam untuk bayi ni mudah disediakan. Kalau mama papa yang kerap travel amat sesuai buat stok makanan untuk anak. Tak semua tempat ada dapur, resipi ni pun senang, bila nak makan cuma tambahkan air panas ke dalam serbuk. Si kecil pun kenyang!
Esok nak travel, jadi saya buat serbuk beras dan serbuk ayam.
Ramai tanya resepi. Okay, sy cerita.
Serbuk beras.
1. Basuh beras bersih2. (Saya guna beras jasmine super5)
2. Sangai atas frying pan sehingga beras betul2 kering.
3. Blender kering sehingga halus.
4. Siap.
Serbuk ayam.
1. Potong kecil2 dada ayam, daun saderi (sy letak byk utk ayam rasa masin), lobak merah (utk ayam rasa manis).
2. Masukkan dada ayam, daun saderi dan lobak merah ke dlm air secukupnya.
3. Rebus hingga semuanya empuk.
4. Tapis, ambil dada ayam shj.
5. Sangai atas frying pan sehingga ayam betul2 kering.
6. Blender kering sehingga halus.
7. Tapis.
8. Siap.
Bancuh dengan air panas sahaja ketika waktu makan si manja. Serbuk ini biasanya boleh tahan sehingga sebulan. bancuh je dgn air suam. tak yah masak. sebelum jadi serbuk, ayam dan nasi tadi kan dah cuci bersih then rebus.. Selamat mencuba!
Sumber: Cikgu Arbaiyah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lengkap Menu Utama, Serunding Halia & Bawang Putih Goreng, 14 Resipi Pantang Ni Memang Superb!
Selera kita berbeza-beza, ada yang cukup gemarkan menu pantang tetapi ada juga yang kurang menggemarinya kerana masakan dan teknik memasaknya yang hanya menggunakan teknik bakar dan rebus sahaja, yang dikatakan membosankan. Namun ada juga sesetengah daripada kita yang cukup sukakan menu berpantang kerana ia lebih sihat dan segar.
Bagi ibu yang bakal berpantang atau sedang berpantang, 14 resipi yang dikongsikan ibu ini, Emma Akmal Jusoh ini nampak cukup sedap. Malah lengkap dengan menu utama juga menu wajib iaitu Serunding Halia dan Bawang Putih Goreng yang bertindak membuang angin dalam badan. Memang lengkap.
Pemilihan menu utamanya tidaklah membosankan malah ia seakan menu biasa tetapi dioleh dengan cara lebih sihat dan segar. Resipi Ayam Masak Kurma misalnya tidak ditambah santan, begitu juga dengan Ayam Masak Sos Tiram dan Ikan Masak Ayam yang dibuat dengan penambahan halia yang sebagainya. Sihat tetapi cukup sedap.
Kemain durian lalu lalang di wall kita, dahlah tengah berpantang anak pertama. Nak share gambar durian takde, maka kita share menu berpantang masak sendiri jelah ye.
Resepi Ayam Kurma Tanpa Santan
Bahan:
Ayam
Serbuk Kurma Adabi
Bawang Merah (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Bawang Besar (hiris 4)
Halia (hiris)
4 sekawan
Susu Cair
Lobak Putih
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara:
Masukkan sedikit minyak, goreng 4 sekawan, bawang putih/merah dan halia sehingga naik bau. Bancuh 3 sudu rempah kurma dengan sedikit air dan tumiskan bersama 4 sekawan sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, susu cair, lobak putih dan bawang besar dan serbuk perasa dan masak hingga ayam dan lobak putih masak. Tambahkan sedikit air masak untuk cairkan kuah.
Sedia dihidang.
Resei Ayam Sos Tiram
Bahan:
Ayam (potong kecil)
Halia (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Sos Tiram
Serbuk Perasa
Garam
Bawang Besar (hiris)
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dan goreng halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, air dan ayam. Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.
Ikan Jaket Masak Asam
Bahan-bahan:
Ikan (perap dengan kunyit dan garam)
Asam Jawa
Halia
Bawang Putih
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara:
Goreng ikan yang diperap dengan sedikit kunyit dan garam. Angkat dan biarkan.
Bancuh asam jawa paste dengan air dan masak atas dapur.
Masukkan bawang putih, halia dan perasakan. Masukkan ikan dan siap.
Sup Bok Choy
Bahan:
Bok Choy
Halia (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air sebagai kuah. Tunggu hingga masak dan sedia dihidangkan.
Bok Choy Sos Tiram
Bahan:
Sayur Bok Choy
Sos tiram
Bawang putih, cincang halus
Satu hirisan nipis halia, cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
Tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Cara-cara:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam.
Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram keatas bok choy dan siap dihidang.
Selamat mencuba!
Tip Menu Pantang
Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:
Vitamin
Mineral
Fitokimia
Serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya :
Sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
Buah-buahan : oren, betik dan pisang.
Artikel menarik: Semuanya Sedap Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan, Wajib Bagi Anak Cuba!
Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak? Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak.
Inilah yang disarankan oleh pakar. Namun dalam pada itu, sesekali boleh juga diselang selikan dengan puri buah agar anak makan lebih khasiat. Pun begitu, buah apa yang baik untuk bayi kita. Perlukah ia dimasak terlebih dahulu?
Pilih Sayuran & Buah Untuk Bayi
Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan. Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal. Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah. Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi Alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya. Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan. Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.
Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil. Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
Epal
Avokado
Aprikot
Pisang
Mangga
Betik
Pic
Plum
Prun
Labu kuning
Tembikai
Nanas
Kiwi
Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan.
Buah naga
Tomato
Laici
Anggur
Strawberi
Beri biru
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Oven! Masak Dalam Periuk, Atas Dapur. Hasilnya Kek Lembut & Wangi
Jangan jadikan tak ada ketuhar atau pengukus, sebagai alasan tak boleh buat kek untuk keluarga. Ada cara lain yang pastinya semua orang boleh buat. Bakar saja kek dalam periuk atas dapur gas. Ini cara orang lama dahulu, kek dibakar atas dapur arang atau sabut. Boleh dibuat, asalkan betul caranya.
Bagi yang nak mencuba cara bakar kek atas dapur gas ni, bolehlah cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Nor Elyani Ramli. Resipi dan penggunaan ramuan mungkin sama tapi cara kita masak atas dapur tu yang penting.
Ikuti perkongsian ini.
Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak2 makan sebab bertahun tak buat kek kat umah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je.
Inilah hasilnya, gebu gebas!
Resipi Kek Marble Bakar Atas Dapur Gas
1 cawan marjerin (saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanila & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
Lepas tu bahagikan 3 utk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dlm periuk, tutup dan masak dgn api kecil dalam 45min.
Resipi Menarik: [Dah Bosan Celup Roti Dalam Telur, Kali Ni Salut Dengan Sardin Pula. Super Rangup!]
Tak payah buh air masa bakar.. masukkan dia saje dlm tu.. dgn api kecik ye
Ini pula tip untuk memasak kek tersebut:
Sebab ramai yg tanya : periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlobang ke..
TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bkn takat hangit, terbakar siap la kot kan 😂😂.. ok? 😊😊
Ini adunan sebelum dibakar
Resipi Menarik: [Aiskrim Baskin Robbin Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Sahaja. Serius Sedap!]
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek
2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa2 petua yang mak2 ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.
4) Kek saya masak dalam tempoh 45min, kalau kek kawan2 belum masak dlm waktu itu, tambah la masa 5 ke 10min ye.
5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan2 nak panaskan dulu, terserah 😁
Semoga dpt membantu 😊
Cantiknya corak marble dia. Nampak pun lembut je
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI