Resipi serbuk beras dan serbuk ayam untuk bayi ni mudah disediakan. Kalau mama papa yang kerap travel amat sesuai buat stok makanan untuk anak. Tak semua tempat ada dapur, resipi ni pun senang, bila nak makan cuma tambahkan air panas ke dalam serbuk. Si kecil pun kenyang!

Esok nak travel, jadi saya buat serbuk beras dan serbuk ayam.

Resipi Serbuk Beras & Serbuk Ayam Untuk Bayi! Senang Bancuh Dengan Air Panas Ketika Travel

IKLAN

Ramai tanya resepi. Okay, sy cerita.

Serbuk beras.
1. Basuh beras bersih2. (Saya guna beras jasmine super5)
2. Sangai atas frying pan sehingga beras betul2 kering.
3. Blender kering sehingga halus.
4. Siap.

IKLAN

Serbuk ayam.
1. Potong kecil2 dada ayam, daun saderi (sy letak byk utk ayam rasa masin), lobak merah (utk ayam rasa manis).
2. Masukkan dada ayam, daun saderi dan lobak merah ke dlm air secukupnya.
3. Rebus hingga semuanya empuk.
4. Tapis, ambil dada ayam shj.
5. Sangai atas frying pan sehingga ayam betul2 kering.
6. Blender kering sehingga halus.
7. Tapis.
8. Siap.

IKLAN

Bancuh dengan air panas sahaja ketika waktu makan si manja. Serbuk ini biasanya boleh tahan sehingga sebulan. bancuh je dgn air suam. tak yah masak. sebelum jadi serbuk, ayam dan nasi tadi kan dah cuci bersih then rebus.. Selamat mencuba!

Sumber: Cikgu Arbaiyah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI