Setiap kali nak buat ‘open house’ pasti pening kepala menu apa yang nak dihidang kepada tetamu untuk menjamu selera kan? Hari ini pa&ma akan kongsikan satu resipi yang lengkap dan mudah dari saudari Mariana Zainal iaitu set Nasi Beriani. Confirm jadi! Pesanan tulus ikhlas dari saudari
Mariana Zainal ialah ikut sebiji resipi ini jangan derhaka mesti jadi!
1. Nasi
Bahan-bahan:
- 5 cawan beras BASMATHI PUSA GOLD JASMINE (basuh dan terus tapis) nak beras elok dan panjang seeloknya rendam 30 minit
- 6 cawan air
- 1/2 cawan susu cair
- 4-5 pcs bunga lawang
- 3 biji tomato potong dadu
- 3 sdb rempah beriani
- 1/2 sdb gula
- 1/2 sdb garam (boleh tambah)
- Sedikit pewarna kuning + 4 sdb air (ada safron lagi cun)
- 2 sdb membukit minyak sapi (buh mentega pun boleh kalo tiada minyak sapi)
- 1 senduk minyak masak
Bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 7-8 ulas bawang putih
- 2 halia (sebesar ibu jari)
Cara Penyediaan:
1. Didihkan 6 1/2 cawan air dalam rice cooker hingga mendidih.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam kuali. Tumis bunga lawang dan bahan kisar hingga naik minyak, masukkan rempah beriani kacau hingga rempah masak elok..masukkan tomato,gula dan garam dan kacau rata. Perlahankan api, bila dah menggelegak boleh masukkan susu. Biar sehingga mendidih panas dan masukkan beras boleh tutup api.
3. Masukkan bahan tumis dan beras yang di tumis tadi ke dalam rice cooker bila air dah mendidih dan sesuaikan rasa. Kemudian tutup periuk nasi dan tekan cook. Bila dah masak jangan kacau dahulu, lalukan pewarna kuning yang dah dicampur air tadi dan bolehlah tutup periuk nasi.
4. Bila nasi dah betul-betul masak elok, barulah kacau perlahan-lahan guna garfu untuk elakkan nasi patah.
2. Daging Masak Hitam Kerisik
Bahan-bahan
- 1 kilo daging (rebus hingga empuk dan potong ikut suka)
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 1 1/2 pcs asam keping (kalo nak guna air asam jawa guna 1/2 cawan)
- 2 sdb gula
- Kicap manis secukupnya
- Kicap masin secukupnya
- Sedikit bahan perasa(jika suka)
- 2 peket kecik kerisik
- 3 batang serai(diketuk)
- 2 cawan air
- 3 senduk minyak untuk menumis
Bahan kisar:
18-20tangkai cili kering (ikut suka pedas)
2 biji bawang besar(kalo x berapa besar buh 3 biji)
5-6 ulas bawang putih
2 sdb biji ketumbar
2 sdb jintan manis
2 halia (sebesar ibu jari)
3 batang serai (kisar semua bahan ini)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, goreng sekejap. Kemudian, masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis bila dah wangi masukkan bahan kisar, asam keping dan gula, tumis hingga bahan kisar naik minyak elok. Masukkan kerisik, kicap manis dan kicap masin. Bila dah naik minyak, masukkan daging dan air.
2. Masak hingga kuah pekat dan daging elok lembut. Kalau daging tak empuk letakkan sedikit air dan masak hingga empuk.
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 sdt serbuk lada hitam
Bahan tumbuk:
- 7-8 ulas bawang putih
- 1 halia (sebesar ibu jari)
- 1 ketul pati ayam
Cara penyediaan:
1. Gaul ayam dengan semua bahan di atas. Perap 10-15minit.
2. Panaskan minyak, goreng hingga masak.
Selamat mencuba! semoga kena dengan citarasa anda dan tetamu.