Resipi Shellout Paling Mudah, Bahan Simple Je Tapi Sedap, Pedas & Padu!

Share

Selepas musim raya, mood dan selera kita seakan mahukan yang simple tetapi sedap. Jika anda penggemar seafood, shellout antara yang boleh anda cuba kerana ia menjimatkan masa malah sajian sebegini paling sesuai di makan seisi keluarga. Anak-anak boleh tumpang sekali makan cuma mama perlukan sediakan versi tak pedas pada anak-anak.

Resipi shellout yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini cukup mudah dan simple. Paling menarik bahan yang digunakan semuanya bahan yang mudah dan senang diperolehi. Tanpa menggunakan bahan tambahan lain, shellout yang dihasilkannya nampak cukup menarik dan terlajak sedap. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba Shellout senang dan sedap ni.


Resipi mudah dan sedap

Hai assalammualaikum. Kali ni saya nak share resepi Shellout simple ( cara saya ) guna bahan-bahan apa yang ada kat rumah. Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding makan diluar tau. Lagi best bila kita makan comot-comot pun tak perlu nak malu-malu sebab makan kat rumah sendiri takde orang lain tengok. Nak ratah sampai licin pun takde masalah. Selalu makan shellout kat kedai mesti malu-malu nak ratah kan?

**Tambah pula resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa. Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat in sha Allah sedap. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara memasak di bawah.

“SHELLOUT SIMPLE”

Bahan-bahannya :
1 kg ketam
1/2 kg sotong
1/2 kg udang
1 biji jagung manis **potong & rebus
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Halia besar ibu jari
5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis yang pedas.
4 batang serai *diketuk
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari ikan babas
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
Carrot, brokoli, bunga kubis agak-agak je
1 kiub ayam
Sedikit hirisan lemon *hiasan*

Mula-mula celur dulu semua bahan-bahan diatas. Celur sayur air lain. Celur seafood air lain okey.

Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.

Tumis serai sampai naik bau, masukkan daun kari, masukkan bahan-bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.

Masukkan bancuhan serbuk kari tumis sampai pecah minyak sekali lagi, kemudian masukkan sos tiram, sos cili.

Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam. Kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.

Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati.

Siappp!!!

Makan kat rumah tak kisah comot-comot dengan anak-anak. Sebab takde sapa nak tengok.

Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua dan selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Tepung Boko Ubi Kayu Legend, Serius Sedap, Cukup Lemak Manisnya!

Published by
Nur Faseeha