Resipi Siakap Kengsom Thai Power, Kuah Lagi Pekat Tambah Menas, Simple Tapi Menyengat!

Share

Ramadan ke 10 hari ini pastinya kita masih tercari-cari menu simple tapi padu untuk sekeluarga. Apa kata kali ini kita cuba resipi Siakap Kengsom Thai pula untuk anak-anak. Simple tapi menyengat!

Resipi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini rugi anda tak cuba. Sedap sungguh!


Dah lama tak masak! Hari kerja separuh hari, jadi giliran saya untuk jaga anak, sambil masak lauk berbuka puasa.

Kita masak lauk yang pakej lengkap dengan sayur sekali! Senang, sekali jalan.

Siakap Kengsom by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.

Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah 2 cawan air.

Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.

Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan. 

Perasakan dengan sos ikan. Jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.

Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh). Siap!

Masukkan kangkung! Masukkan sekarang!

Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu.

Siap! Rasa dia masam, masin, manis dan pedas.

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM