Resipi Sihat & Mudah Hanis Zalikha Sediakan Untuk Yusuf Iskandar Ketika Bayi, Bolehlah Tiru
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, menyediakan menu makanan untuk mereka adalah satu cabaran. Kadang-kadang tepu memikirkan menu apa yang sesuai untuk disajikan pada anak-anak. Sebagai ibu tentulah kita ingin memberikan hanya sajian yang terbaik.
Nah! Ini ada idea menu hidangan yang boleh ibu-ibu jadikan panduan. Hanis Zalikha, selebriti dan suri kesayangan Hairul Azreen ini sangat selektif dengan penyediaan makanan anak lelakinya, Yusuf Iskandar.
Berikut dikongsikan semula menu-menu hidangan sihat yang pernah disediakan oleh Hanis buat Yusuf Iskandar ketika Yusuf masih bayi. Semoga bermanfaat.
Berikut antara resipi sihat dan mudah yang mak-mak sendiri boleh cuba!
Cara Menyediakannya:
Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau brokoli pun sama cara memasaknya.
Cara Menyediakannya:
Gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.
Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin).
Cara Menyediakannya:
Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom sahaja ‘saute’ dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.
Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar.
Cara Menyediakannya:
Sangai ikan bilis, buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Perlu kupas ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas.
Cara Menyediakannya:
Nasi tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya.
Cara Menyediakannya:
Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis. Masak nasi bubur. Brokoli hanya stim. Makan bersama serbuk ikan bilis.
Cara Menyediakannya:
Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Selepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.
Sumber & Foto: Instagram @theyusufiskandar & @haniszalikha
Artikel ini diolah dari artikel asal yang dipetik dari Mingguan Wanita