Resipi Singgang Ikan Versi Bayi 7 Bulan. Kaya Dengan DHA, Bagus Untuk Otak Bayi!

Share

Ikan merupakan sumber protein terbaik dan nutrisinya sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Bagi mama yang tercari-cari resipi sesuai untuk si manja, mama boleh cuba resipi ikan singgang ini.

Singgang ikan (Baby 7bulan++)

Bahan-bahan:

Halia (hiris)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Tomato
Carrot
Sawi (Sayur ikut suka nak buh ape janji sesuai)
Ikan kembung (terpulang nak pakai ikan apa pun yang sesuai untuk bayi)
Serbuk kunyit


(Sukatan bahan ikut kesesuaian sendiri)

Cara penyediaan:

Tumis bawang dan halia dengan Unsalted butter. Masukkan air. Masukkan ikan dan sayur-sayur keras. Ikan dah masak baru masuk sayur lembut-lembut.

Tambah sikit serbuk kunyit. Bagi menarik skit. Lepas dah sejuk saya ambik isi ikan and blend. Makan dengan nasik lembik.

Anak 7 bulan dah boleh slowly intro texture baru..yang kasar sikit.

Kredit: Naa Daisy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Published by
NuFa