Ketika berkumpul bersama sanak keluarga di hujung minggu, acara BBQ pasti tidak terlepas dalam acara keluarga. Apa kata selain ayam dan daging panggang, selitkan sekali resipi Skewer ini dalam menu anda.
Paling penting tambahkan sekali potong sayur untuk lebih sihat. Jom cuba resipi Skewer rebutan ramai ini.
Suami minta buatkan skewer daging untuk bbq esok hari. Dengan pantasnya pergi beli bahan.
Bahan-Bahan:-
Daging Lembu 2kg
Capsicum (cili benggala) 4 biji
Bawang Holland 3 biji
Sos bbq 1 botol kecik
Sos black papper 1 botol kecik
Batang lidi
Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4 segi sederhana.
Capsicum & bawang Holland pun potong kecik bentuk 4 segi.
Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos black papper. Perap semalaman.
Dah siap perap, cucuk je. Tak kesah nak panjang mana.
Siap!
* Nak letak baby tomato pun boleh dekat hujung lidi tu.
* Gantikan ayam pun boleh je.
* 2kg daging dapat anggaran 57 cucuk.
* Capsicum tu beli 3 warna untuk nampak lagi menarik.
Menarik: Resipi Bebola Ayam Bercheese, Guna Daging Burger, Simple Tapi Sedap
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Resipi: Nur Aqilah Jufri.