Bila berpuasa ni, selera nak makan tu lain macam sikit. Kalau boleh nak yang sedap di tekak dan tidak meloyakan. Lebih senang lagi kalau bila buat sekali boleh disimpan dan ulang makan kemudian.
Seperti resipi sos pencicah Thailand yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Ibrahim ini, nak dibuat tidaklah renyah mana dan rasanya juga sedap. Boleh dimakan dengan macam-macam.
Maaf kepada yg minta resepi untuk PENCICAH THAI, tak sempat nk balas sorang2😅 Ni saya kongsikan untuk semua, yg ni sy buat untuk kuantiti yg banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nk makan ambik je.
Ini hasilnya, boleh disimpan dan ulang makan jika mahu
Ads
RESIPI PENCICAH THAI
1) Bwg putih: 7-8 ulas
2) Cili:bergantung pada kepedasan masing-masing
3) Akar pakchi @ketumbar
(Semua di atas tumbuk) saya guna Chopper, sbb bnyak malas lak nk Tumbuk 😅
Pastu perah limau nipis , sos ikan, letak gula, garam sikit je sebab sos ikan dah masin n perasa, (daun ketumbar ptg2 gaulkn je, tak nak potong lau nak lagi senang korang Cooper kn skali daun ketumbar tu😅) siapppp…
Nota: Kalau pencicah tu pekat sangat, blh tmbah sedikit air suam.
Boleh la untk jdikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah direbus atau bakar, tu yg saya buat sotong sumbat bakar, 🤭 (menu berbuka first Ramadhan).
SELAMAT MENCUBA!
https://www.youtube.com/watch?v=WRLTw45HQRw&t=21s
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aiskrim durian homemade menggunakan 100% isi durian yang asli memang sekali makan terus jatuh cinta! Rasanya yang berlemak dan lembut membuatkan peminat durian tak akan melupakan keenakan aiskrim ni.
Bagi yang nak mencuba, jom ikuti resipi mudah ini!
Aiskrim Durian Homemade
Bahan-bahan;
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan Kalau tak suka manis)
2sb Ovalette
2sk pewarna kuning
1/2 cawan isi durian
Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan dalam mixer
2. Pukul sampai gebu pada kelajuan maximum.
3. Kemudian masukkan ke dalam tupperware simpan dalam freezer sehingga beku.
4. Dah beku boleh keluarkan & scop ke dalam kon aiskrim. Kon tu saya beli sebab tak pandai buat sendiri 😜
Kredit: Cikgu Shikin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali makan di kedai makan Siam, tak sah rasanya tanpa memesan telur dadar sebagai pelengkap. Namun peliknya, bukan seperti biasa, telur dadar yang dihasilkan ini terlebih rangup dan cukup sedap.
Rupanya ada resipi khas untuk pastikan sedap dan rangup. Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @nurulyaacOb ini kena cuba. Memang lain dari yang lain!
Ada waktunya dikala teringin untuk makan sesuatu jenis makanan, kita mula berkreatif dengan segala kelengkapan yang anda. Paling membanggakan cubaan kita berhasil kerana daya usaha yang tinggi. Salah satu contoh terbaik adalah resipi samperit tiga bahan ini.
Samperit mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan ini paling mudah. Resipi yang dikongsikan oleh Syamiza Atikah ini menariknya hanya dimasak di periuk dan menggunakan dapur gas sahaja. Tanpa mixer malah tanpa oven pun biskut terhasil dengan baik. Dapatlah lepaskan mengidam. Terbaik!
Isi masa lapang dengan anak main tekap-tekap kuih ” hasilnya tak cantik sebab bukan minat sangat buat kuih. Kuali boleh ✓ rice cooker pun boleh. Tak lama pun masa untuk satu tray 10 minit masak, janji jangan tebal sangat bentuk kan doh tu sebab nanti akan amik masa yang lama nak masak sepenuhnya. Saya masak ni atas dapur gas taw. Api slow. Tak pakai mixer. Tak pakai oven.
Resepi semperit 3 bahan
500g tepung jagung
3 senduk nasi butter @ marjerin
½ tin susu manis
Gaul sebati tepung jagung dan butter@marjerin. Masukkan susu tin dan gaul hingga sebati dan lembut.
Jika agak lembik tambahkan tepung jagung sedikit.
*Kebiasaannya terlebih butter@marjerin/susu yang buat terlembik.
Terap pakai acuan kesukaan, oleskan marjerin atas dulang dan masukkan dalam periuk.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.