Anak-anak memang gemarkan makanan bergoreng lebih-lebih lagi sosej. Kalau beli di kedai memang kita tahu kandungan bahan dalam sosej sangat tidak selamat untuk anak-anak dan keluarga kita.
Jadi mama papa boleh sediakan sendiri sosej dengan menggunakan resipi mudah ini. Anak-anak pun confirm suka. Bila buat sendiri mama papa boleh tambah sayur dalam bahan-bahan secara tak langsung anak yang tak suka makan sayur pun akan makan sayur. Selamat mencuba!
Bahan-bahan;
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam(boleh guna 1 ketul kiub ayam)
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung
Sedikit daun oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan;
Masukkan semua bahan dalam blender.Blender sampai lumat.
Ads
Bahan yang telah siap diblender.
Jika adunan terlalu pekat dan padat boleh masukkan sedikit air supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastik. Gaul rata.
Masukkan ke dalam plastik
Masukkan separuh adunan ke dalam plastik dan pastikan tak penuh takut melimpah masa ditekan nanti.
Potong sedikit bahagian hujung plastik
Ads
Masukkan adunan dalam plastik aiskerim.Pastikan bahagian hujung lagi satu plastik telah digunting untuk mengelakkan tekanan dan memudahkan adunan dimasukkan. Bila siap ikat kedua hujung plastik aiskerim.
Untuk yang tak suka guna plastik aiskerim boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
Paipkan adunan memanjang mengikut kesesuaian.Gulung kemas dan ikat bahagian hujung gulungan tadi.
Adunan yang telah siap dibungkus.
Sosej yang telah siap dikukus.Angkat dan sejukan.
Ads
Buka bungkusan tadi. Jika banyak bolehlah disimpan didalam bekas dan difrozenkan. Boleh masak bila2 suka.
Panaskan minyak dan boleh digoreng. Boleh dibakar guna pan atau oven.
Balik-balikkan. Goreng sampai kekuningan. Dah sia bolehlah diangkat.
Sosej yang telah siap digoreng. Sosej kegemaran anak-anak. Lebih baik buat sendiri sebab kita tau isi kandungannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau kita buat kek batik pasti sedikit keras ataupun jika tersalah sukatan pasti keras sehingga sukar untuk dipotong kan? Bagi yang ingin mendapatkan hasil lembut untuk kek batik boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Noor Atika ini.
Resepi yang saya share hari ni adalah resipi yang sama yang saya guna untuk niaga (jual kek batik ni) Jadi awak-awak semua boleh la cuba-cuba buat sendiri ya. Dijamin kek batik ni sedap, lembut dan disukai ramai. Ini adalah kek batik VERSI LEMBUT. Nama pun kek kan, mestilah lembut. Mewah dengan rasa coklat, lemaklemak manis, secukup rasa. Saya jual kek ni sebiji saiz 8″ RM38.
Gigi anak kecil yang baru hendak tumbuh buat gusi jadi gatal-gatal. Bagi meredakan kegatalan gusi ini, apa kata mama buatkan aiskrim dari buah-buahan untuk anak. Sejuk dan meredakan.
Resipi mudah dan sedap dari buah naga dan yogurt yang dikongsikan Aimi Uyu ini mama boleh cuba. Sedap!
Baby gatal gusi nak tumbuh gigi? Jom bagi aiskrim, sesuai baby berumur 8 bulan ke atas.
Uyu cari-cari menu dan jumpa resepi aiskrim ni, boleh lah cuba.
Bahan-bahan:
3@4 sudu yogurt asli
1 cawan susu full cream
Buah naga
Yogurt dan susu blend sekali, atau nak masak dulu susu tu pun boleh, baru blend sekali yogurt.
Buah naga boleh lenyek-lenyek.
Campur dalam bekas aiskrim.
Siap! Mudah sangat kan? Elok kalau anak yang gatal gusi, elok nak melegakan.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti bakar pisang antara menu yang paling mudah nak disediakan. Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan. Yang paling penting rasanya sangat sedap dan confirm anak-anak minta mama buatkan lagi. Jom cuba resipi ini. Sesuai untuk sarapan pagi mahu pun makan petang.
ROTI BAKAR PISANG
Resipi ni sangat mudah dan serius sedap! Tak perlu guna banyak bahan pun, sure kat rumah korang ada semua bahan-bahannya.
Hakak menggunakan Roti Putih Gardenia Original Classic.
Bahan-bahan:
Roti Putih Gardenia Original Classic
Marjerin
Telur
Pisang, hiris nipis
Gula perang
Cara Penyediaan:
Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang.
Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper.
Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
Tabur gula perang di atasnya.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.