
Sotong celup tepung jika tersalah perapan memang susah salutan tepung nak melekat pada sotong. Kalau mama nak mudah, boleh ikuti resipi ini. Yang paling peting rangup di luar dan lembut di dalam.
Resipi Sotong Celup Tepung
Bersihkan dan potong sotong
Perap sotong dengan tepung bestari dan air dulu
Selepas 10 minit, masukkan sebiji telur
Sediakan bancuhan tepung kering, tepung bestari dan tepung beras sikit saja.
Pindahkan ke tepung kering
Tutup bekas dan goncangkan
Hasilnya selepas goncang tadi
Goreng dalam minyak yang betul-betul panas
Rangup diluar,lembut di dalam.
Selamat mencuba!
Kredit: Meens Yusoff
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Air Kunyit, Boleh Amalkan Lepas Bersalin. Bantu Kurangkan Masalah Sukar ‘Membuang’

Selain diet seimbang, ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan minuman seperti air kunyit yang dapat membantu proses pemulihan. Ia mudah untuk dibuat dan modalnya juga tidaklah besar.

Melalui grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), Pn. Suzy Honey telah berkongsi resipi air kunyit yang paling ringkas boleh dibuat.
Baca Juga:
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!
Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Ikuti perkongsian ini;
Salah satu minuman yang sangat sesuai digunakan oleh ibu semasa berpantang ialah air kunyit.
Penggunaan kunyit dalam perubatan Melayu telah dirakamkan oleh Isaac Henry Burkill ahli botani Inggeris yang bekerja di India dan di Negeri-Negeri Selat . Beliau banyak membuat kajian dan menulis buku biologi tumbuhan, etno-botani termasuk di Malaysia.
Antara catatan beliau kunyit banyak digunakan untuk wanita bersalin dan penyakit lain berkaitan selepas waktu bersalin seperti tumpah darah, kencing tidak lawas, sukar membuang air besar, bengkak dan lain-lain.
Kak Suzy mahu berkongsi satu resepi mudah di amalkan oleh ibu berpantang:
Air Kunyit
Bahan-bahan:
Sedikit kunyit hidup
1 sudu kecil asam jawa

Cara membuatnya:
1. Kunyit hidup diblend atau di tumbuk kemudian di tapis bagi mengambil airnya.
(atau boleh menggunakan serbuk kunyit asli tanpa campuran)
2. Dicampurkan dengan sedikit air asam jawa dan setengah cawan air.
Boleh diamalkan minum seminggu 2 ke 3 kali seminggu sewaktu dalam berpantang. Diambil selepas makan.
Bolehlah cuba resipi air kunyit ini, pastikan anak bebas jaundis dan cuba minum sedikit dahulu untuk lihat kesannya kepada si ibu. Jika tiada masalah, bolehlah diteruskan sebagai ikhtiar untuk membantu ibu pulih lebih cepat selepas melahirkan bayi.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Cheesy Steamed Egg Pasta, Tinggi Khasiat Telur, Makin Selera Anak Makan!

Ada anak yang kurang gemar makan nasi tetapi sebaliknya lebih suka makan pasta. Apa kata kita variasikan aneka pasta untuk anak dengan sajian ringkas Cheesy Steamed Egg Pasta ini untuk anak.
Bahan yang ringkas tetapi sudah dan cukup khasiat ini pasti buat anak kenyang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Khairul Nisah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah harini Ajyad lunch Cheesy Steamed Egg Pasta sempena Ajyad 10 bulan.
CHEESY STEAMED EGG PASTA
Bahan:
Unsalted butter
2biji telur
Susu full cream
Lobak merah dan daun bawang
Cheese
Pasta
Rebus pasta. Masak unsalted butter dengan susu full cream. Susu tu separuh je guna.
Mixed telur, sayur dan susu yang dah dimasak tadi dalam mangkuk.
Masukkan pasta, cheese dan bahan dari mangkuk tadi ke dalam bekas yang nak dikukus. Kukus dalam 15 hingga 20 minit.
Dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru keluarkan dari bekas.
Dan boleh hidang kepada anak.
Cukup karbo, sayur, protein dan lemak.
Alhamdulillah lengkap.
Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Roti Bakar Pisang Paling Simple & Sedap! Hanya 5 Bahan Yang Ada Di Dapur

Roti bakar pisang antara menu yang paling mudah nak disediakan. Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan. Yang paling penting rasanya sangat sedap dan confirm anak-anak minta mama buatkan lagi. Jom cuba resipi ini. Sesuai untuk sarapan pagi mahu pun makan petang.
ROTI BAKAR PISANG
Resipi ni sangat mudah dan serius sedap! Tak perlu guna banyak bahan pun, sure kat rumah korang ada semua bahan-bahannya.
Hakak menggunakan Roti Putih Gardenia Original Classic.
Bahan-bahan:
Roti Putih Gardenia Original Classic
Marjerin
Telur
Pisang, hiris nipis
Gula perang
Cara Penyediaan:
- Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang.
- Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper.
- Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
- Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
- Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
- Tabur gula perang di atasnya.
- Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
- Roti sandwich pisang bakar is done!
Kredit: @kualihelena
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI