Resipi Sotong Celup Tepung Rangup Luar, Lembut Dalam. Ini Rahsia Celup Tepung Tak Hancur & Rangup!

Share

Sotong celup tepung jika tersalah perapan memang susah salutan tepung nak melekat pada sotong. Kalau mama nak mudah, boleh ikuti resipi ini. Yang paling peting rangup di luar dan lembut di dalam.

Resipi Sotong Celup Tepung

Bersihkan dan potong sotong

Perap sotong dengan tepung bestari dan air dulu

Selepas 10 minit, masukkan sebiji telur

Sediakan bancuhan tepung kering, tepung bestari dan tepung beras sikit saja.

Pindahkan ke tepung kering

Tutup bekas dan goncangkan

Hasilnya selepas goncang tadi

Goreng dalam minyak yang betul-betul panas

Rangup diluar,lembut di dalam.

Selamat mencuba!

Kredit: Meens Yusoff

Published by
NuFa