Resipi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Macam Ni Rupanya Nak Bagi Bersalut Elok & Rangup!

Share

Sotong goreng tepung ini bukan biasa-biasa auranya. Letak sahaja atas meja, berebut anak capai. Terlebih sedap dan jadi kesukaan semua. Pun begitu setiap kali memasak di rumah selalu gagal. Sotong terpisah dari tepungnya. Macam mana nak buat?

Jangan tersalah teknik, jom ikut resipi dan teknik tepat seperti yang dikongsikan oleh Nurul Faidha. Jom cuba!

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARI

Bahan-bahan:
* 1 cawan tepung ubi
* 1 cawan tepung jagung
* 2 sudu tepung bestari
* Sebiji Telur
* 1 sudu KFC garam dan black pepper

1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh.

2. Pecahkan telur, gaul-gaulkan sotong, angkat terus golek-golek dalam tepung.

3. Letak minyak dalam kuali dengan kuanti yang banyak, bagi betoi-betui panas dan api jangan kuat sangat.

3. Goreng sampai keperangan. Alhamdulillah elok kejadiannya, tak meletup dan tak makan minyak.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Terima kasih Niza Nora for sharing
Resepi asal: Nurul Faidha

Published by
SRM