Selesema dan batuk adalah penyakit berangkai yang kerap menyerang si kecil. Banyak faktor yang menyebabkan mudahnya jangkitan penyakit ini dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak antaranya pemakanan dan persekitaran.

Oleh kerana bayi sangat mudah dijangkiti maka ijabu ayah perlu mengurangkan kekerapan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ini kerana semakin ramai anak kita berjumpa dengan orang maka semakin tinggi risikonya untuk dijangkiti kuman dan virus.

Sekiranya keadaan batuk dan selesema anak diikuti dengan demam berhari-hari tidak sembuh dan keadaan anak juga kelihatan lesu, kurang selera makan dan menyusu serta tidak aktif maka segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak

Tetapi sekiranya si kecil baru sahaja mempunyai tanda-tanda dijangkiti batuk dan selesema, ibu boleh memberi makanan yang mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melawan virus secara semula jadi seperti bawang putih, kunyit, lemon, bawang merah dan sayur-sayuran hijau. Elakkan makanan manis yang boleh merangsang pengumpulan mukus.

Antara yang sangat digalakkan untuk diberi kepada si manja (berusia 8 bulan ke atas) adalah sup antibiotik.

Resipi sup antibiotik yang mudah dan berkhasiat ini dikongsi oleh seorang ibu, Syafika Zamri yang menyediakan untuk bayinya ketika tidak sihat.

IKLAN

Bila anak berjangkit selsema dengan mak, mak pun kena makan makanan sihat lah jugak. So alang alang buat sup antibiotik tu, buat lah nasi ayam. Mak nak tumpang ngap jugak

SUP ANTIBIOTIK

(Saya refer bahan dalam jadual “Foods that eliminate mucus” ni)

IKLAN

Resipi Sup Antibiotik Dikongsi Ibu Ini Bantu Rawat Jangkitan Selesema Dan Batuk Si Kecil

Cara menyediakan
Didihkan air
masukkan ayam
masukkan bawang putih, bawang besar, halia, celery , green vegetables – saya guna daun ketumbar dan tomato.

IKLAN

Resipi Sup Antibiotik Dikongsi Ibu Ini Bantu Rawat Jangkitan Selesema Dan Batuk Si Kecil

TOMATO SAUCE
(Bau tomato sauce ni sama dengan yang kita makan dengan spaghetti tu. Boleh lah buat untuk makan dengan spaghetti pulak)

Cara menyediakan
Steam tomato, bawang putih dan bawang besar.

Kisarkan bahan yang di steam tu dengan daun ketumbar dan campur kan mixed herbs sikit. Siap !

Sumber: Syafika Zamri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI