Sebut sahaja sup ayam pasti anak-anaklah orang yang paling suka. Cukup hanya nasi dan sup ayam, anak makan bertambah-tambah. Sesekali tambahkan lagi kesedapan dengan Sup Ayam Ala Thai yang memang sedap.

Resipi perkongsian Pn Tengku Syazwanie ini cukup ringkas. Paling utama penambahan beberapa bahan dan cara tumisan buat sup ayam jadi lagi sedap. Jom cuba!

Resipi Sup Ayam Thai, Lagi Sedap Menyengat Ikut Langkah Ni, Memang Power!


SUP AYAM THAI

Bahan-bahan:
Ayam
Sup bunjut
Halia-tumbuk
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah -dihiris
Bawang besar
Serai -kalau serai halus2 buh banyak sikit, kalau besar2 buh 2/3 je la
Kiub ayam
Lobak merah, tomato dan limau purut
Garam secukup rasa
Daun ketumbar dan limau nipis
2 sudu sos ikan
Air secukupnya

Resipi Sup Ayam Thai, Lagi Sedap Menyengat Ikut Langkah Ni, Memang Power!

Ads

Tumbuk bawang putih dan halia. Bawang merah dan bawang besar dimayang.

Tumis bahan tumbuk, serai dan bawang semua sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau/layu.

Resipi Sup Ayam Thai, Lagi Sedap Menyengat Ikut Langkah Ni, Memang Power!

Masukkan air, hampir nak menggelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub ayam, lobak merah & biar seketika.

Ads

Masukkan sos ikan (2 sudu), tomato, daun limau purut.

Letak garam dan secukup rasa atau ajinomoto.

Resipi Sup Ayam Thai, Lagi Sedap Menyengat Ikut Langkah Ni, Memang Power!

Ads

Bila ayam dah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.

Siap!

Menarik: Pengat Bebola Durian, Bulat-Bulat Cantik & Kenyal, Nikmatnya Makan Waktu Panas

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI