Sebut sahaja sup, anak-anaklah paling suka. Nasi putih dengan sup sememangnya kegemaran anak-anak kecil kita. Tak cukup sepinggan, makin bertambah nasi anak-anak.
Cikgu masakan yang cukup popular di media sosial, Azlina Ina Fans tidak terkecuali turut menyediakan Sup Cendawan Ala Thai. Padu sungguh. Nak cuba, jom ikuti perkongsian resipi dari cikgu Azlina.
Ramai ke peminat sup thai? aka sup siam. Makan kat kedai tak puas kan. Meh mak ajar buat sendiri puas makan kat rumah jimat pun jimat. Rasa dia memang best lagi-lagi makan dengan nasi panas dan sambal kicap pedas-pedas. Cuaca pulak hujan aduhai.
Sup cendawan ala thai paling best
Bahan-bahan:
Ayam potong kecil
Cendawan 1 mangkuk -disiat-siat
Kentang -potong serong
Carrot -potong serong
Tomato -belah 4/6
Batang saderi
1 peket adabi perencah sup siam
1 peket masaku brand ajinamoto
Bahan tumis:
10 tangkai cili padi -ketuk
1 labu bawang besar -hiris
4 ulas bawang putih -hiris
2 akar daun sup
Bahan lain:
6 ulas bawang merah -hiris goreng garing
1 biji limau nipis
1 sb sos ikan
1sk serbuk lada putih
Ads
Panaskan periuk dengan minyak 1 senduk. Masukkan bahan-bahan tumis.
Bila dah naik bau masuk kan air 5-6 cawan. Masukkan peket adabi dan kiub ayam atau ajinomoto masaku tadi. Biar mendidih, masukkan ayam dan kentang serta carrot, biar empuk.
Ads
Tambahkan garam dan perasakan juga dengan sos ikan dan serbuk lada putih.
Mak tambah kuah lagi dan masukkan cendawan dan batang saderi. Biar sampai mendidih.
Perah limau nipis dan masuk kan tomato. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan daun sup yang dihiris kecil.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak mana yang tidak suka makan ayam, lebih-lebih ayam goreng. Apa kata ubah kelainan rasa yang lebih menyihatkan buat anak-anak dan suami di rumah dengan menyediakan ayam golek pula untuk juadah berbuka petang ini.
Resipi air tangan ibu yang dikongsikan oleh anaknya, Aini Salwa Remely ini memang terbaik. Patutlah ayam golek nampak berkilat ketika dipanggang. Ada rahsianya. Ini yang dikongsikan olehnya. Jom cuba!
Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang. Satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
Bahan-bahan rempah:
10 bj bawang merah bombay
11 labu bawang putih
Halia- seketul (saiz 2x ibu jari)
5 batang serai
(semua ni blend)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ketul gula melaka -(mak pakai nisey /gula kabung/gula nira)
3 sudu kecil garam
Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering. Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar atau golek.
Ambil rempah, sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih. Baru bakar.
Bahan Sos cicah:
10 tangkai cili kering -rebus dan blend
5 ulas bawang putih bakar blend
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Masak semua dengan air, dah didih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap, bila sos dah sejuk tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan.
Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven sekor terus atau potong belah bakar macam Bbq.
Masuk hari ke 17 berpuasa, pasti ramai yang sudah pun menyimpan menu lebih awal dan merancang juadah pagi raya nanti untuk keluarga. Nasi antara resipi wajib bagi masyarakat di sebelah utara tanah air sebagai juadah istimewa. Selain nasi minyak, nasi tomato dan beraneka jenis nasi lain, nasi yang satu ini juga unik.
Apa kata raya kali ini kita cari kelainan dengan menyediakan gabungan Nasi Lobak Merah dengan Ayam Masak Merah pula yang pastinya memberikan sedikit kelainan di pagi raya anda. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini memang cukup ringkas malah hendak menyediakannya juga cukup mudah. Jom cuba!
Saya masak yang paling simple. Barang semua ada kat rumah.
Nasi Carrot
Bahan-bahan:
Beras basmathi (rendam 30 minit toskan, letak dalam rice cooker)
Carrot 1 btg (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bwg besar -dihiris
Halia -dihiris
Daun pandan -2 helai
3 sekawan
Marjerin dan minyak masak utk menumis
Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia hingga garing. Kemudian masukkan daun pandan.
Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air. Kalau beras biasa, sukat seperti masak nasi biasa.
Tekan je dan tunggu sehingga masak.
Ayam masak merah
Bahan-bahan:
Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato -dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bwng putih dan merah
Sos cili
Bwng besar hiris
Gula merah (suka gula merah jenis dulu-dulu tu)
Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris.
Masukkan cili blend tumis sehingga garing. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah.
Masukkan ayam yang telah di goreng gaul sebati beberapa minit.
Di musim cuti ini ada baiknya kita sediakan makanan yang mencukupi untuk anak-anak berada lama di rumah. Menu ringkas, berbentuk kudapan serta puding perlu dibekalkan sebaiknya di dalam peti sejuk. Barulah anak tidak gelisah mencari makanan.
Apa kata sediakan puding laici susu yang ringkas ini untuk anak-anak makan di petang hari. Resipi perkongsian Aida Sarida ini memang mudah dan sedap.
Siap puding laici untuk makan-makan di pejabat Mama. Diorang semua suka makan beramai-ramai ni hehe. Saya tak buat jual pun. Saja saja seronok jamu orang makan. Ini puding laici cara Mama saya.
Puding Laici Mama
Bahan A:
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
* campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu
Bahan B:
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul
Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
Bila bahan B sudah larut, kecil kan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.
Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil macam ni.
Lepas tu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap.
Selamat mencuba!
P/s: * Satu adunan ni saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas. * Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing. * Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan di atas 👆 ni, tak manis sangat, tak tawar sangat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.