Sepanjang tempoh PKP, naik buntu kaum ibu nak memasak buat keluarga. Sampai kekeringan idea hidangan bagaimana yang mahu dimasak. Pada waktu inilah paling sesuai kalau ibu nak mencuba pelbagai resipi baharu untuk menambat selera seisi keluarga.
Salah satu resipi yang patut dicuba adalah sup filamen ketam yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Bahan-bahannya tidaklah sukar dan mahu membuatnya juga mudah. Resipi yang ringkas tetapi rasanya sangat umphhhhh!
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Bahan utama:
✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
Zurina Zulkefli, Melaka.
Bolehlah cuba resepi ni, confirm sedap! Anak-anak mesti suka, rasanya tak pedas dan ada rasa lemak telur. Kalau mahu pedas sikit, bolehlah campurkan sedikit lada hitam di dalamnya.