Sup sayur telur sangat senang untuk dimasak dan sangat sedap. Hidangan ni tak memerlukan bahan yang terlalu banyak dan mudah untuk dicari di pasaraya berdekatan dengan rumah. Sup sayur telur ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak untuk menambahkan berat badan.
Sup sayur telur mempunyai banyak khasiat yang boleh diserap oleh tubuh badan anak. Penggunaan sayur seperti lobak merah baik untuk kesihatan mata anak. Kandungan lutein dan zeaxantin iaitu karatenoid dalam lobak merah membantu melindungi mata dari kerosakkan akibat oleh cahaya biru, menambah baik kerabunan, mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia dan juga katarak.
Penggunaan brokoli dalam hidangan ini dapat meningkatkan fungsi otak anak dan dapat mengurangkan kemerosotan otak. Kandungan sebatian aktif dalam brokoli yang dikenali karotenoid mempunyai khasiat terhadap kesihatan otak, fungsi tisu saraf dan kemerosotan kognitif yang berkaitan usia.
Sup sayur telur juga boleh menjadi menu diet tau! Selain bagus untuk anak, hidangan ini juga memberi manfaat kepada ibu. Jom lihat resepi mudah sup sayur telur.
Resepi ini dikongsikan oleh Mastura Aziz di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
Ads
RESEPI SUP SAYUR TELUR Menu simple, sihat, sesuai untuk naikkan berat badan anak. Pastikan anak mummy takde alahan dengan telur, cendawan & tofu ya sebelum cuba.
Sumber foto: Facebook Mastura Aziz
Bahan-bahan: – Brokoli / serbuk brokoli Izzly – Serbuk cendawan Izzly – Carrot, potong halus – Egg tofu – Telur pecah 1 biji – Serbuk bwh putih Izzly – Sedikit lada hitam – Air masak 1 cawan
Sumber foto: Facebook Mastura Aziz
Cara- cara: – Rebus air bersama serbuk bwg putih & serbuk cendawan…masukkan egg tofu & serbuk lada putih. – Biar mendidih, masukkan brokoli & carrot, bila mendidih, masukkan telur pecah…reneh 5 minit, dan siap.
Ads
Resepi ini sedap bila ada telur, kuah jadi pekat bila ada telur…kalau anak mummy alah pada telur, boleh try bancuh 1 sudu tepung jagung sebagai alternatif.
Selamat mencuba!
Lihatlah betapa mudahnya nak sediakan hidangan ini. Pasti anak- anak sangat berselera makan. Untuk ibu yang sedang berdiet, boleh juga gunakan hidangan ini sebagai menu berdiet. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Ads
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Kuah kacang biasanya dimakan bersama dengan nasi impit dan juga sate ayam ataupun daging. Juadah ini akan disediakan menjelang hari raya.
Namun bagi sesiapa yang teringin untuk menikmati juadah ini sebagai menu berbuka puasa, anda boleh cuba resipi mudah ini. Cara penyediaanya amat mudah.
Bahan Kisar;
3 btg serai
2 inchi halia
2 biji bawang merah(besar)
Segenggam cili kering
Cara Penyediaan;
– Tumis sampai pecah minyak.
– Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt).
– Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau tak pekat boleh tambah lagi.
– Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis.
– Pecah minyak sekali lagi.
Siapppppp.
Nasi impit rebus sebelum tidur lagi senang. Kuah kacang buat awal tak apa. Makin lama panas kann makin sedap. Ada suka masuk udang kering, terpulang.
Kalau kuah pekat sangat masukkan air ok..selamat mencuba!
Kredit: abdul razak abdul rahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam tempoh PKP ni, para ibu mempunyai banyak masa untuk mencuba pelbagai resipi roti yang menarik. Jika anak-anak anda sukakan roti coklat seperti yang dijual di pasaran, bolehlah dibuat sendiri.
Resipi Chocolate Raisin Bun ini dikongsikan oleh Zuraita Mohd Anua dan perkongsiannya hampir mencecah 2k share. Nampak lembut berlemak, mesti anak-anak akan sukakan rasa roti ini.
Nak lebih sedap kena letak inti coklat. Tapi saya tak sempat beli, saya letak chocolate chips dan kismis jer. Gebu sangat! Kalau anda nak buat, sebaiknya letak chocolate filling ya.
Bahan-bahannya:
Bahan A
200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
*Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.
Bahan B:
3 cawan setengah tepung roti
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil bread improver (takde pun tkpe)
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam
1 biji telur
*Masukkan semua dalam bread maker
Cara membuatnya:
1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi Dough pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.
😄
2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan chocolate chips dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.
3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini. Susun atas baking tray yang sudah disapu butter. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.
4. Bakar 170c api bawah selama 10 minit. Kemudian bakar suhu 150-160c api atas bawah selama 10 minit lagi. Selepas masak, keluarkan dan sapu butter atas permukaan roti. Siap! Cubalah, gerenti puas hati. Sedap dan lembut sangat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lempeng antara resipi yang paling mudah disediakan malah paling praktikal untuk dibawa ketika travel. Ia mengenyangkan malah mendidik anak untuk makan sendiri. Selain lempeng pisang dan lempeng kelapa yang cukup popular, variasikan pelbagai aneka lempeng untuk menarik perhatian anak untuk makan.
Gunakan pelbagai jenis buah dan sayuran yang menarik agar anak makan lebih berselera. Aneka lempeng yang disediakan oleh ibu ini, Puan Norlaila Mohd Yusof boleh dicuba. Macam-macam jenis lempeng termasuk dragonfruits, oat dan kurma. Sedap.
Lempeng Pisang
Anak saya, Irfan suka sangat makan lempeng masa sarapan. Ibu pun rasa lempeng makanan paling senang nak buat dan mengenyangkan. Dan paling senang nak bawa bekal kalau ibu dan ayah keluar sarapan kat kedai.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.