Resipi sup tauhu telur antara menu mudah yang boleh ibu-ibu sediakan dengan cepat untuk anak-anak. Jika ibu-ibu tiada idea hendak masak apa, bolehlah cuba menu ini. Ringkas tapi sedap!
Sedap dan cepat dimasak. Anak-anak mesti suka hidangan ini. Makan panas-panas memang terbaik. Jom kita masak!
RESIPI SUP TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air
Cara memasak:
1. Mula-mula potong tahu telur, lepas tu bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.
2. Wajib untuk salutkan tauhu dengan tepung jagung bagi mengelakkan tauhu meletup ketika digoreng.
3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap.
6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Jika suka berkuah masukkan lebih banyak air.
7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak masukkan sayur lain pun boleh. Ikut selera ya.
8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
9. Masukkan serbuk lada sulah.
10. Masukkan cili hiris.
11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Tak perlu masukkan garam kerana sudah masukkan sos tiram. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Umi Watie