Menu ringkas dan jimat antara resipi yang begitu disyorkan untuk kita di musim PKP ini. Menu berasaskan telur ini bukan hanya ringkas bahkan menjimatkan dan paling penting sihat untuk anak-anak kita.
Pun begitu setiap kali memasak sup telur selalunya tidak menjadi cantik dan telurnya pecah. Tip dan resipi perkongsian Pn Suzana Othman ini anda patut cuba. Cantik!
Kita sebenarnya serba salah nak post gambar makanan kat FB. Kita faham ramai yg sedang kesusahan sekarang. Namun, kita terpanggil nak share menu yg mudah menggunakan bahan asas yg ada di rumah.
Jom belajar teknik masak sup telur cantik dan tak pecah. Semoga dapat beri manfaat kepada ibu-ibu yang mencari idea memasak untuk keluarga.
Bahan-bahan:
1biji bawang besar saiz sederhana-hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
3ulas bawang putih -hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
Bilis- goreng dan ketepikan
1biji kentang -potong ikut saiz yg diingini
Setengah biji lobah merah – hiris
4biji telur
Fucuk dan suhun-rendam dan potong pendek
Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Garam
Serbuk lada putih ajishio
Air
Minyak masak
Didihkan air dalam periuk rebus kentang hingga separuh empuk.
Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan bilis yang dah digoreng tadi.
Masukkan fucuk dan suhun.
Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.
Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. Kita tak pecahkan telur direct masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok, kempunan nak makan sup telur nanti. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.
Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau tau, biarkan saja telur bersauna dalam periuk dengan aman.
Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. Ish..ish.. kalau tak mau makan nasi, ratah gitu je pun sodap. Cukup karbohidrat, protein dan vitamin dalam tu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma