Bila anak nak tumbuh gigi, mulalah dia meragam dan kurang selera makan. Tambah risau kalau anak mula demam dan tak selesa. Memang risau kan? Risau melihat anak yang langsung tak nak makan. Apakata mama papa sediakan menu yang dikongsi oleh ibu ini untuk anak-anak yang nak tumbuh gigi.
Aqeel down with fever
Mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi. Dulu dia tumbuh first gigi tak demam seteruk ni. But this time dia memang lemah and asyik merengek. Makan pun tak selera sgt. So ummi try to prepare superfood untuk kuatkan immune system dia and comfort food untuk naikkan selera dia. Here’s some food ideas untuk baby yang demam/ nak tumbuh gigi. Penting untuk ambil tau khasiat di sebalik setiap masakan before bagi anak ok.
Yogurt Bark
Yogurt ada tinggi kandungan kalsium & probiotic (bakteria baik). Tempoh nak tumbuh gigi ni, kena make sure baby cukup kalsium, selain susu, boleh try bagi yogurt jugak. Yogurt bark ni actually frozen yogurt. Cara mudah nak rawat baby yang sakit nak tumbuh gigi is bagi makanan yang disejukkan or frozen. So boleh try yogurt bark ni.
Bahan-bahan:
1. Yogurt
2. Puree buah
Cara-cara:
Campur yogurt & puree buah pilihan. Then frozenkan. Masa nak makan, pecahkan kecil-kecil supaya baby mudah pegang.
Egg Drop Soup
selalu resepi buat egg drop soup ni pakai chicken stock. Tapi saya gantikan dengan chicken bone broth (CBB). CBB ni erti kata simplenya is sup antibiotik. Dalam masakan selalunya letak 1 cube je. Tapi untuk immune booster, saya masak egg drop soup dengan masukkan cbb dengan sukatan 2 cawan. So mudah mudahan dapat la Aqeel hirup banyak vit & mineral.
Bahan bahan:
1. CBB
2. Halia
3. Telur
4. Serbuk ikan bilis/ayam
Cara-cara:
Masukkan cbb dalam periuk, panaskan. Sagat halia. Letakkan serbuk ikan bilis/ayam utk buat perasa sikit. Bila kuah dah panas, kacau teluar dlam mangkuk berasingan, dan tuang sikit demi sikit sambil kacau. Siap!
Healing Soup
Boleh hirup or buat sebagai air minuman untuk si baby. Sebabkan Aqeel tak pandai sangat hirup sup sup, saya letak air rebusan tu dalam botol air, and dia minum habis! Healing soup ni dapat sejukkan dalaman. Tak ramai tau khasiat di sebalik singo pear. Singo pear bagus untuk rawat demam batuk & kahak. Beli kat Aeon/teso/jaya grocer dalam RM8-10. Selalunya dalam packaging 2 bijik sekali.
Bahan-bahan:
1. Singo pear
2. Red dates
3. Goji berry
4. Jagung (optional)
Cara-cara:
Letakkan semua bahan dan rebus atas dapur.
Thank you for reading! Moga memberi manfaat.
Sumber: Mastura Ayu Al-Habshee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI