Bila ada anak penting untuk ibu-ibu tahu resipi superfood untuk bayi. Bila bayi sakit tumbuh gigi atau demam memang dia akan merengek sepanjang masa. Biasanya si comel akan hilang selera makan termasuk menyusu. Sudah tentu ia merisaukan para ibu kerana bimbang anak tak dapat khasiat makanan yang cukup untuk kembali sihat.

Untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami serta menyembuhkan secara semula jadi, Mastura Ayu Al-Habshee menyediakan beberapa resipi superfood untuk bayinya.

Secara tidak langsung bayi terus dapat khasiat makanan yang sekaligus meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus yang menyerang.

Aqeel down with fever 
Mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi. Dulu dia tumbuh first gigi tak demam seteruk ni. But this time dia memang lemah and asyik merengek. Makan pun tak selera sgt. So ummi try to prepare superfood untuk kuatkan immune system dia and comfort food untuk naikkan selera dia. Here’s some food ideas untuk baby yang demam/ nak tumbuh gigi. Penting untuk ambil tau khasiat di sebalik setiap masakan before bagi anak ok.

Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain!Yogurt BarkYogurt ada tinggi kandungan kalsium & probiotic (bakteria baik). Tempoh nak tumbuh gigi ni, kena make sure baby cukup kalsium, selain susu, boleh try bagi yogurt jugak. Yogurt bark ni actually frozen yogurt. Cara mudah nak rawat baby yang sakit nak tumbuh gigi is bagi makanan yang disejukkan or frozen. So boleh try yogurt bark ni.

Bahan-bahan:
1. Yogurt
2. Puree buah

IKLAN

Cara-cara:
Campur yogurt & puree buah pilihan. Then frozenkan. Masa nak makan, pecahkan kecil-kecil supaya baby mudah pegang.

Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain!Egg Drop Soupselalu resepi buat egg drop soup ni pakai chicken stock. Tapi saya gantikan dengan chicken bone broth (CBB). CBB ni erti kata simplenya is sup antibiotik. Dalam masakan selalunya letak 1 cube je. Tapi untuk immune booster, saya masak egg drop soup dengan masukkan cbb dengan sukatan 2 cawan. So mudah mudahan dapat la Aqeel hirup banyak vit & mineral.

Bahan bahan:
1. CBB
2. Halia
3. Telur
4. Serbuk ikan bilis/ayam

IKLAN

Cara-cara:
Masukkan cbb dalam periuk, panaskan. Sagat halia. Letakkan serbuk ikan bilis/ayam utk buat perasa sikit. Bila kuah dah panas, kacau teluar dlam mangkuk berasingan, dan tuang sikit demi sikit sambil kacau. Siap!

Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain!
Healing Soupboleh hirup or buat sebagai air minuman untuk si baby. Sebabkan Aqeel tak pandai sangat hirup sup sup, saya letak air rebusan tu dalam botol air, and dia minum habis! Healing soup ni dapat sejukkan dalaman. Tak ramai tau khasiat di sebalik singo pear. Singo pear bagus untuk rawat demam batuk & kahak. Beli kat Aeon/teso/jaya grocer dalam RM8-10. Selalunya dalam packaging 2 bijik sekali.

Bahan-bahan:

IKLAN

1. Singo pear
2. Red dates
3. Goji berry
4. Jagung (optional)

Cara-cara:
Letakkan semua bahan dan rebus atas dapur.

Thank you for reading! Moga memberi manfaat.

Sumber: Mastura Ayu Al-Habshee

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI