Resipi Takoyaki Mudah, Siap Sos Teriyaki, Confirm Anak Berebut!

Share

Bukan sahaja anak, bahkan setiap kali melintasi kedai takoyaki, kita sendiri pun terasa cukup teruja. Takoyaki rupanya tidaklah sesukar mana untuk dihasilkan. Jom cuba di rumah, pasti anak berebut-rebut!

Resipi menarik yang dikongsikan oleh Pn Norliza Razali ini mama kena cuba. Sedap dan mudah!


Tengok pun terliur kan? Pkp ni elok la layan dengan anak-anak kat rumah. Resepi ni la yang Kak Liza guna sepanjang 9 tahun juai Takoyaki. Semoga bermanfaat!

RESIPI TAKOYAKI (26 – 30 biji)

Bahan²:-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sdb serbuk stok ayam
1 sdt garam
2 sdb minyak masak
1 sdt baking powder

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.

2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.

3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

4. Sediakan bahan inti pula.

BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat dihiris halus
Carrot diparut halus

1. Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak disetiap lubang.

2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.

3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang.

4. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.

5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).

7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.

8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.

9. Teruskan sampai nampak garing.

10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.

11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.

BAHAN HIASAN ATAS:
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun dalam shope pun ada taip ja bonito.
Dalam shope tu semua ada…

1. Drizzle sos takoyaki

2. Drizzle mayonis

3.Taburkan bonito flakes

RESIPI SOS TAKOYAKI

Bahan-bahan:-
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula
madu

1. Campur semua bahan dalam periuk.

2. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.

3. Sejukkan sos dan gaulkan dengan madu.. kalau suka manis lebihkan.

4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.

Selamat mencuba!

Published by
SRM