Tak perlu tunggu hari raya, kuih raya Tart Nenas sentiasa menjadi kegemaran kita. Apa kata kita persiapkan resipi Tart Nenas Bola Naga ini dulu untuk dicuba pada hari raya nanti.
Resipi perkongsian Mohd Fitri Khairudin dari Penang Sara Kitchen ini memang simple. Bahan ringkas tapi inti nenas padu. Jom cuba!
Bahan bahan: (boleh dapat 100 biji)
250 gm butter
30 gm minyak sapi
40 gm susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
450 gm tepung gandum
20 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
Satukan mentega, minyak sapi, telur, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau seketika. Jangan sampai kembang.
Masukkan tepung gandum yang diayak bersama tepung kastard dan tepung jagung. Kacau sampai sebati.
Uli menggunakan tangan sampai sebati. Pastikan adunan tak terlalu lembut atau keras. Uli sampai adunan tak melekat di tangan.
Bulatkan inti nenas.
Timbang setiap adunan 8g dan masukkan inti nenas. Kemaskan adunan membentuk bebola kecil.
Sapu dengan kuning telur yang dicampurkan dengan sedikit air.
Bakar kali pertama dengan suhu 170 C selama 24 minit.
Keluarkan dan sapu lagi lebihan telur. Kemudian bakar lagi dengan suhu 190 C selama 5 minit.
Siap!
Tip Penting bila buat Tart Nenas
1. Rahsia saya ialah minyak sapi – insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza. Tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair dimulut! Begitu juga dengan susu pekat. Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembapan (Moist) kepada tart anda.
2. Tepung jagung dalam 20 gram dan tepung kastard dalam 20 g (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang.
3. Tart paling elok guna butter berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain.
4. Cara bakar juga amat penting : Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain.
5. Resepi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti InsyaAllah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. InsyaAllah.
6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.
Menarik: Resipi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!