Kita rasa susah tetapi nak buat Tauhu Berlauk sebenarnya cukup mudah. Nak buat macam mana? Resipi simple dan sedap ini anda kena cuba.
Memang simple perkongsian resipi dari Cik Zue Zakaria ini. Sedap pulak tu.
TAUHU BERLAUK Paling senang buat tapi paling malas nak buat. Dah nak makan sangat kena lah buat jugak. Payah betul nak jumpa orang jual benda ni. Tauhu begedil biasa tu ramai lah jual. InsyaAllah yang ni sedap. Cuba lah buat.
Bahan-bahan:
Tauhu petak -3
Tauhu telur -3
Telur -1 biji
Dada ayam -2 keping
Bawang besar -Half sahaja
Carrot – setengah batang je -parut halus
Daun sup – 3 batang sudah lah
Garam
Gula
Lada hitam
Lada sulah
Kiub pati ayam -half
Ads
Blend tauhu petak, tauhu telur, ayam, telur, garam, gula dan kuib pati ayam.
Dah siap blend, masukkan carrot, bawang besar dan daun sup.
Letak dalam bekas kuih lompang macam ni dan kukus.
Ads
Dah siap kukus.
Panaskan minyak, salutkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang banyak.
Untuk resipi kicapnya, blend kicap, lada, bawang merah, bawang putih dan letakkan gula. Masak sekejap dan angkat.
Salad ikan mungkin kedengaran asing pada kita namun menyebut Miang Pla Pou pasti ada yang pernah menikmatinya. Rupanya cara hendak menyediakannya cukuplah mudah. Ringkas dan sihat.
Nak tahu bagaimana membuatnya? Pn Suzana Othman berkongsi langkah demi langkah untuk menyediakannya di rumah. Nak tahu cara nak makannya macam mana? Jom ikuti caranya. Sedap!
Hai assalamualaikum semua. Kita nak reveal resepi salad ikan siakap yang kita jual atau dikenali sebagai Miang Pla Pou. Disebabkan resepinya kita tak belajar dari mana-mana PJJ jadi mudahlah kita nak share secara percuma.
Kita tak kisah pun kalau korang nak jual sebab rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Kita sendiri terjejas akibat covid sebelum kita bangkit semula dengan menu Salad Ikan Siakap. Jadi kita nak korang yang mana terjejas tu boleh la cuba jual jugak, mana tahu ada rezeki nanti. Asalkan rajin dan ikhlas, pasti ada jalan keluarnya. In sha Allah.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
130g cili api siam hijau*
50g cili api China merah*
200g cili hidup merah*
100g bawang putih*
50g batang daun ketumbar*
70g beras yg disangai kemudian ditumbuk
70g air perahan limau nipis
100g sos ikan
300g gula perang
3sb serbuk pati ayam
1liter air
Garam secukupnya
Step pertama mestilah pergi pasar beli ikan siakap. Berat anggaran seekor 600-700g. Walaupun peniaga tu dah siang siap-siap tapi balik rumah korang kena buang jugak sisik ikan yang masih ada. Bila ikan tu bersih dan bebas sisik barulah enjoy nak makan. Itu juga melambangkan ketelitian korang sebagai peniaga yang tak buat kerja sambil lewa.
Rendamkan ikan dalam air bancuhan tepung gandum dan limau nipis selama mana yang korang suka. Campak beberapa sudu garam dalam tu.
Toskan air, kelar badan ikan kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Bancuhkan tepung goreng ayam serbaguna dengan sedikit air. Jadikan adunan yg tak pekat dan tak cair. Kita guna tepung serbaguna jenama Aroma. Nak guna bestari pun boleh.
Ratakan dengan penuh hati-hati. Sirip dia tajam tu. Perap sekejap ikan supaya meresap elok sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak tau. Semasa menggoreng, buka api sederhana supaya ikan masak sempurna.
Inilah dia hasilnya setelah digoreng.
Jom belajar buat sos Thai. Kisar kasar semua bahan bertanda*. Jangan letak air banyak sebab kita nak hasil yang kasar bukan halus tau. Guna air yang disukat tadi.
Masukkan bahan kisar dalam periuk, buka api sederhana. Tambahkan air, gula, garam, sos ikan, beras sangai, dan serbuk pati ayam.
Bila dah menggelegak, masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, masak sos hingga memekat. Tutup api. Korang boleh adjust rasa dia ikut citarasa. Kalau nak manis lagi boleh tambah gula.
Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas, hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan bijan.
Bahan untuk hiasan:
Salad- rendam air garam-toskan
Timun-sagat
Lobak-sagat
Tomato cherry-hiris
Daun ketumbar
Kita suka sagat halus timun dan lobak supaya senang dimakan. Tapi ikut korang nak buat cemana. Nak hiris pun boleh je.
Cara nak makan salad ni, ambil daun salad, letak isi ikan, tomato, lobak, timun, suhu dan daun ketumbar atas daun salad. Curahkan sos dan gulung daun salad. Ngap!
Jika menyebut Puding Karamel pasti kita terfikirkan bahan utamanya iaitu telur yang menjadi asas kepada puding ini selain bahan-bahan lain seperti gula, susu dan sebagainya. Namun menghasilkan puding ini tanpa telur seakan tidak masuk akal. Bagaimana puding ini dihasilkan jika bahan utamanya tidak ada?
Resipi istimewa Puan Mawar Ali yang menghasilkan Puding Karamel tanpa telur ini mendapat perkongsian lebih 18 ribu perkongsian di facebook. Wow! hebatnya resipi yang satu ini. Bagaimana nak hasilkannya? Ini cara yang dikongsikan olehnya.
Puding Karamel Tanpa Telur, Tanpa Kukus & Tanpa Bakar
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket agar-agar serbuk (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan.
Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Lepas tu masak atas dapur.
Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 hingga 3 jam.
Bila dah sejuk, letak dalam bekas secara terbalik. Taraaaaa….gula hangus dah dekat atas. Cun je.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencuci mulut yang ringkas tapi sedap biasanya akan jadi piihan ibu. Bukan saja jimat masa nak sediakan tetapi apabila siap semua teruja nak makan. Paling penting bahan asasnya juga mudah dan tak mahal.
Bagi ibu yang teringin nak buat pencuci mulut yang ringkas tapi sedap apa kata cuba buat resipi agar-agar permata yang hanya menggunakan 5 bahan saja.
Hanya perlu ada bahan asas iaitu agar-agar, susu cair, gula serta pewarna. Confirm lepas siap semua berebut nak makan.
Resipi Agar Agar Permata (5 bahan)
Bahan-bahan
Agar-agar tali 1 paket 25g
Air 6 cawan (cawan minum kopi tu)
Gula 6 sudu besar (boleh tambah kalau nak lagi manis)
Susu cair 1/2 tin
Pewarna merah, hijau, kuning
Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan agar-agar. Larutkan atas api sederhana sehingga betul-betul larut.
2. Tutup api.3. Ambil 3 senduk kecil agar-agar yang telah larut tadi masukkan dalam 3 bekas berasingan. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
4. Baki agar-agar dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair..5. Tuang agar-agar susu tadi dalam loyang.
6. Potong dadu agar-agar warna-warni.
7. Masukkan agar-agar warna-warni dalam agar-agar susu.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...