Tauhu sumber protien yang murah dan sedap, apa kata para ibu pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, masakan di rumah tapi rasa seperti masakan restoran.
Tauhu pedas dan cendawan telinga kayu merupakan masakan sihat yang sangat sesuai untuk anak dan suami. Tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung seperti kacang soya.
Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan. Tauhu mengandungi fitoestrogen yang dipanggil isoflavon iaitu sekumpulan bahan kimia yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan.
Ia mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen hormon wanita dan oleh itu meniru tindakan estrogen yang dihasilkan oleh badan. Ia secara semula jadi mengikat ke reseptor estrogen dalam sel manusia termasuk sel payudara – yang berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Jom lihat resepi tauhu pedas dan cendawan telinga kayu yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Mawar Silalahi di Kumpulan Facebook Resepi Sedap & Sihat.
RESEPI TAUHU PEDAS DAN CENDAWAN
Masak tauhu pedas dan cendawan telinga kayu, rasa restoran. Hidangkan bersama nasi hangat, memang sedap dan wangi. Anda boleh menambah daging atau sayur kegemaran anda.
Bahan-bahan:
– 4 keping tauhu
– 1 genggam cendawan telinga kayu
– 1/2 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 daun bawang, gunakan bahagian hijau
– 1/2 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil gula
– 1/2 sudu kecil lada hitam
– 1 sudu besar bijan
– 1 sudu besar serpihan cili merah
– 1 sudu besar kicap
– 1 sudu besar sos tiram
– 150ml air
– Larutan tepung jagung (1/2 sudu besar tepung jagung + 4 sudu besar air)
Cara- cara:
1. Rendam cendawan dalam air suam selama 10 minit.
2. Bawang besar dihiris nipis, bawang putih dicincang halus, daun bawang dihiris kecil.
3. Sediakan mangkuk, campur garam, gula, lada hitam, bijan, serpihan cili merah, kicap, sos tiram, air kemudian gaul rata.
4. Tauhu dipotong beberapa bahagian.
5. Toskan cendawan, bilas bersih kemudian hiris nipis.
6. Panaskan sedikit minyak, goreng tauhu hingga kuning keemasan, toskan.
7. Gunakan sisa minyak untuk menggoreng bawang besar dan bawang putih, goreng sehingga bawang putih sedikit keperangan.
8. Masukkan cendawan, tumis sekejap.
9. Masukkan tauhu dan sos, masak sos hingga mendidih.
10. Masukkan larutan tepung jagung, masak sehingga sos pekat dan mendidih.
11. Masukkan hirisan daun bawang, gaul rata.
Baca Juga:
Serawa Durian Dan Serabai, Kombinasi Yang Sedap Untuk Pencuci Mulut! Pasti Makan Bertambah.
Rasa Berlemak Dan Tekstur Lembut, Resepi Puding Karamel Dan Telur, Penyejuk Tekak Cuaca Panas!
Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. boleh jadi kegemaran anak- anak. Boleh kurangkan sedikit serpihan cili merah jika taknak terlalu pedas. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI