Di saat kita melalui tempoh PKP ini ada baiknya kita berjimat sehabis mungkin ketika berbelanja. Elakkan masak berlebihan sehingga membazir. Stok makanan sedia ada harus digunakan dengan sebaiknya. Salah satu menu jimat dan paling pantas untuk disediakan oleh ibu-ibu yang bekerja dari rumah ini adalah resipi Telur Mata Sambal Hijau ini. Pantas!

Resipi yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang mantap sehingga viral di media sosial. Bagi mama yang bekerja dari rumah dan nak jimatkan masa di dapur, jom cuba menu ni. Tak sampai 15 minit, siap tersedia untuk keluarga. Paling penting rasanya terangkat habis, pedas terbaik!

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!

Menu telur memang laku di saat kena berjimat.

Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh Cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali.

Bahan-bahan:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka

Ads

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh. Tumbukkan sehingga semua lumat kasar macam ni je.

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa. Gula jika suka. Cheyah letak sikit je tak smpai pun satu sudu kecil pun. Light light gitu je rasa manis.

Ads

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Pecahkan telur. Tips telur ni kena pecah dalam bekas lain sebab takut telur tu busuk. Kalau pecah terus dalam masakan memang jahanam satu menu.

Nak berkuah boleh tambah air tapi Cheyah tak tambah. 

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Bagi dia panas panas dulu.

Ads

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Dah ready nak ngap!

 

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Cheyah masak half cooked je. Yang kuning tu bila pecahkan meleleh lava dia. Makin sodappp ya ampunnn. Hehe..Selamat mencuba.

Menu pantas begini time emergency takde lauk boleh la cuba.

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!Boleh habis sepinggan. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI