Resipi Tomyam Cara Simple, Hanya Kisar Tomato Dengan Pes Tomyam, Sedap Kebabom!

Share

Menyediakan tomyam memang mudah namun menjadikannya sedap seperti makan di restoran membuatkan kita mencuba pelbagai jenis resipi yang serasi.

Berkongsi resipi paling istimewa dan cukup mudah, resipi perkongsian Pn Asmida Nor yang mengisar pes tomyam bersama tomato dan cili ini nampak cukup istimewa. Sedap sampai bertambah nasi. Jom cuba teknik ini pula!


TOMYAM SIMPLE by Asmida Nor
Setiap kali buat tomyam, mesti guna resepi ni je, resepi lain no no😆. Resepi ni pun dah sedap sampai bertambah-tambah nasik.(laki sis la). Nama lagi tomyam simple kan. Simple but sedap, haa gittchew. Ada yang nak tak? Boleh rujuk setiap gambar yo. Yang suka simple, wajib cuba!

Kisar tiga bahan ni.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
Tomato
Pes tomyam
Cili padi (ikut kepedasan korang nak, yang sis buat ni pedas-pedas manja gitu)
Carrot, bunga kobis, btg saderi, cendawan
Bwg besar,
Halia
Daun limau purut
Udang dan ayam

Blend bahan kisar, letak air sikit je. Jangan banyak sangat, nanti pes jadi cair.

Rebus dulu ayam sampai mendidih, bila mendidih masukkan pes yang kita kisar tadi.

Masukkan pula bawang besar, daun limau purut dan halia.

Lepas tu masukkan sayur-sayuran yang korang suka.

Masukkan cendawan pulak dan biarkan mendidih sekejap.

Masukkan udang/ sotong. Sis guna udang sajerr.

Perahkan air limau nipis. Yang sis guna sebijik ye, tak besar tak kecik, sedang-sedang je. Nak bagi masam-masam sikit. Perasakan dengan gula & garam secukupnya. Biarkan mendidih!

Tadaaa..dah siap. Simple je kan. Tapi kompomm bertambah-tambah nasi nanti huhuhu tambah pulak dengan telur dadar. Lagi umpphhh.. selamat mencuba!

Menarik: Resipi Ayam Goreng Serai Thai, Perap 30 Minit, Rasa Bukan Main Sedap!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Nak relaks cuci mata jom ke SINI.

 

Published by
SRM