Ubah selera sebab tak mahu makan nasi dengan resipi mudah dan sihat seperti tortilla pun sedap juga. Sebenarnya kulit tortilla banyak dijual di pasaran tapi terasa nak buat sendiri. Rasa homemade dan tak rugi pun dibuat sebab boleh dibekukan. Bila terasa nak makan, defrost dan bakar. Kemudian, letaklah inti apa yang kita mahu.
Untuk anak-anak yang mungkin memilih makanan pun sesuai, bolehlah letakkan inti yang menjadi kegemaran mereka. Makan tortilla ni untuk sarapan sebenarnya sangat mengenyangkan. Katakan anak-anak lapar pada waktu malam, lebih baik makan tortilla ni dari nasi berlauk.
Ana Mohd via grup Facebook Masak Apa Hari berkongsi resipi untuk hasilkan kulit tortilla.
Assalamualaikum..siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sndri..boleh frozen..nak makn defrost n bakar skjp je..mudah keje. Jimat pun jimat. Tu buat untuk bekal sarapan pagi suami..mudah nak mkn buat saiz comel².
Resepi :
2cwn tepung gandum
3sb minyak masak / minyak zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cwn air panas (bukan 3@4 cawan ye tapi tiga per empat- separuh kemudian tmbah sikit lagi)
******Kalau nak buat garlic tortilla, 3sb minyak tu dipanaskn n tumis 2ulas bwg putih yg dicincng halus smpai naik bau (jgn hangit)..tutup api ,biarkn sejuk n baru cmpur dgn tepung dan brg lain.********
Masuk je semua..gaul²..agk dh suam, trus uli jd doh yg lembut. Kemudian tutup dgn kain lembap dlm 20min.
**Pastikn sayur² di tos smpai kering untuk elakkn cepat basi.
**Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Terpulang. Tambah mayonis/cheese.
Baguslah resipi ni, boleh buat banyak-banyak dan simpan. Nak dibuat sebagai bekal anak ke sekolah pun mudah. Boleh pelbagaikan jenis inti untuk kelainan dan tak bosan. Resipi tortilla ini sangat mudah dan straight forward, mudah untuk ikut. Bolehlah cuba buat nanti!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI