Waffle menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang rangup diluar dan lembut didalam ditambah pula dengan jem perisa kesukaan mereka memang sedap. Lebih teruja kalau mama sendiri buatkan dekat rumah.
Resipi Waffle rangup diluar, lembut didalam.
Bahan-bahan:
👉2cawan tepung gandum
👉2 cawan air
👉1/3 cawan minyak
👉1biji telur
👉1 1/2 sudu baking powder
👉2 sudu susu tepung
👉2 sudu gula
👉Secubit garam
Cara Penyediaan:
Bancuh kesemua bahan menjadi satu adunan. Panaskan bekas acuan waffle, dah siap..perisakan ikut kesukaan korang, Selamat mencuba.
Kredit: Bunga Indah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keliru Nak Gabungkan Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang!
Mama yang baru pertama kali melahirkan anak pasti berdebar bila mana anak sudah memasuki usia 6 bulan. Maklumlah nak mempersiapkan makanan anak pasti rasa berdebar dan adakalanya keliru.
Jangan keliru dan berdebar kerana perkongsian daripada Puan Aimi Zafira ini pasti buat anda rasa yakin dan seronok untuk berikan suapan pertama pada anak.
Jom cuba seperti yang dikongsikan oleh beliau.
Puri Lobak Merah dan Labu
Bahan-bahan:
50 g labu
1/2 batang lobak merah ( size sederhana )
Cara memasak
1. Labu dan lobak merah dipotong dadu
2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut
3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut
4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Puri Keledek dan Bunga Kubis
Bahan-bahan
1 biji keledek ( saiz sederhana )
50 g bunga kubis
Cara memasak
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu
2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil
2. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut
3. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Di bawah ada 4 lagi gabungan yang mama boleh cuba untuk anak. Resipi dan langkah buatnya boleh klik pada link.
Nah, pasti rasa happy dan yakin bila nak sediakan buat anak nanti. Pastikan yang terbaik buat anak-anak kita.
Selamat mencuba.
Kredit: Aimi Zafira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Swiss Tart Cadbury. Kulit Yang Gebu Bersama Coklat Memang Sedap!
Tiap kali menjelangnya raya, biskut tart nanas antara yang jadi pilihan. Namun untuk anak-anak, mungkin ia bukan pilihan utama. Bagaimanapun idea buat tart cadbury untuk pilihan anak telah mendapat sambutan sebelum ini.
Kali ni selain tart cadbury, nampaknya biskut Swiss Tart Cadbury pulak jadi pilihan. Cara yang moden, senang, cepat dan mudah siap. Ini kerana sejak tahun lalu biskut swiss hazelnut coklat mula dapat sambutan.
Resepi yang dikongsikan oleh Jan Ena ini boleh anda cuba buat sendiri. Yang pasti kulitnya sama dengan bancuhan tart nanas. Cuma hias dengan cadbury bar. Gabungan kulit yang gebu dan di bakar bersama cadbury setiap gigitan tu rasa kombinasinya.
Resepi Tart Cadbury
250 gram butter
1 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat (boleh ganti dengan gula icing juga)
1 sudu besar minyak sapi (tak isi pun tak apa)
Kacau sekata…
Masuk kan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 1/2cawan tepung gandum
Kacau sebati, bancuhan ni agak lembut sedikit berbanding dengan tart nanas, sebab nak masuk piping beg untuk buat Swiss.
Bakar ikut suhu oven masing-masing ye. Selamat mencuba semua.
Kredit: Jan Ena
RESIPI MENARIK [Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz]
BACA JUGA [Rebus Nasi Impit Versi Jimat Gas & Elektrik. Lagi Cepat Kembang, Mudah Masak!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Nasi, Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak, Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik!
Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita. Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi. Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi. Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria di facebooknya.
Sama seperti nasi, kentang juga mempunyai sumber nutrisi karborhidrat yang tinggi dan paling sesuai digantikan dalam bubur bayi. Bila anak bosan dengan nasi, cepat-cepat gantikan bubur ini. Jom cuba!
Masih menu dengan ikan merah untuk adik. Kali ni umi guna ubi kentang pula untuk ganti kan nasi untuk sumber karbohidrat.
Puree kentang kubis bunga dengan ikan grill.
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bayam
Kubis bunga
Kentang
Bawang merah dan bawang putih
Unsalted butter
Grill ikan dengan sedikit unsalted butter dan mix herbs.
Gunakan kuali yang sama Saute bawang sehingga lembut dan perang. Sama jugak untuk bayam.
Steam kentang dan kubis bunga sehingga lembut. Blend kemudian masukkan bawang, bayam dan isi ikan tadi.
Campur dan blendkan semua. Tekstur makanan terpulang sama ada nak kasar atau halus. Siap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI