Pengacara popular, Farahanim Razak kagum dengan kegigihan ibu-ibu bekerja dalam masa yang masa terpaksa menguruskan rumahtangga selepas pulang bekerja.
Baca: Anak Pelat & Ada Kesukaran Bertutur, Lollipop Alat Sesuai Bantu Rangsangan Oral
Menerusi perkongsian di Instagram, Hanim yang ketika itu terpaksa meninggalkan dua anak kembarnya, Amina Raissa dan Amira Raissa (3) dibawah jagaan pembantunya untuk keluar bertugas.
Menurutnya, dia bersyukur kerana mempunyai rezeki lebih untuk mengupah pembantu demi menjaga kembarnya ketika keluar bertugas. Namun dia bangga dengan ibu lain yang sangat kuat dan dia turut titipkan doa buat semua ibu-ibu agar diberi ganjaran pahala atas segala pengorbanan untuk keluarga.
REALITI SEBENAR : setiap kali nak keluar rumah, mesti pandai pujuk dulu hug dulu, kiss dulu, tak boleh simply bye bye je. kadang ada hari tak makan pujuk pun!
Tapi tu lah realiti sebenar ibu ibu yg bekerja ni..kena gagah kan hati juga. anim bernasib baik Allah bagi rezeki sikit boleh ada helper.
Ibu Yang Tiada Helper, Semua Uruskan Sendiri
Bagi ibu yg takda helper hantar anak ke taska, lepastu balik kerja ambil pulak anak. sampai rumah masak lagi, kemas rumah, layan itu ini..wow Anim sangat sangat RESPECT!
Allah Akan Gandakan Ganjaran
Allah pasti akan gandakan ganjaran pengorbananmu walau bukan di atas dunia ni, tapi di hari pembalasan nanti 💕
Video tersebut mendapat lebih 100 ribu tontonan. Gelagat si kembar Raissa yang tidak mahu lepaskan ibunya untuk pergi bekerja sangat mencuit hati.
Farahanim mendirikan rumahtangga pada tahun 2017 bersama Dr Arif Aizuddin (doktor gigi) dikurniakan 2 cahaya mata kembar pada awal Januari 2019.
Kredit: Instagram Farahanim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)