
Ibarat macam bermimpi apabila dapat tahu ada penghuni rahim tanpa sedar. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar. Bagi Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, kehadiran cahaya mata perempuan 3 Disember lalu dianggap pemberian Allah paling bermakna.
Dua tahun tak datang haid
Menerusi laporan Metro, kelahiran bayi diberi nama Nur Medina Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.
“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir ia disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.
“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara. Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.
“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.
“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya,” katanya.
Buat scan kandungan dah 32 minggu
Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil. Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu,” katanya.
Selepas kahwin, haid tidak stabil
Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.
Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.
“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.
“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.
Watch on TikTok
“Terima kasih Allah beri rezeki..”
Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok,” katanya yang turut mendoakan pejuang garis dua lain dikurniakan cahaya mata sepertinya.
Kredit: Metro & Tiktok Shamimi_Shamsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pam Hari Ini Stok Untuk Esok. Kenapa Susu Saya Sikit?” Kaunselor Laktasi Beri Penjelasan

Kenapa susu saya sikit? Bila tengok orang lain dapat hasil yang banyak rasa kecewa. Dah cuba macam-macam cara tapi rasa cukup-cukup je untuk anak.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom pernah kongsikan pengalamannya sendiri yang pam hari ini untuk bekalan esok, tapi tetap mencukupi untuk anaknya.
Berikut perkongsiannya
Kenapa susu saya sikit? Saya perah cuma dapat 7-8oz je untuk satu sesi, tapi orang lain boleh dapat sampai 10-12oz,” luahan seorang mommies yang sangat kecewa dengan perahannnya.
Jawapan saya kepada mommies yang kecewa tu :
Banyak tu sis 7-8oz untuk 1 sesi. Sebenarnya kalau sis nak tahu, saya sendiri nak dapat 5oz pun susah. Selalu 2-3oz je. Tapi ajaibnya, susu saya sentiasa mencukupi. Kadang-kadang oversupply lagi.”
KENAPA HAL INI BERLAKU?
Kerana penghasilan susu kita tu Allah dah jadikan mencukupi untuk keperluan anak kita.
Pernah saya perah hari ni untuk bekalan esok, stok memang kering kontang. Tapi alhamdulillah tetap mencukupi.
Keywordnya: Keperluan setiap bayi berbeza, maka penghasilan susu juga akan berbeza. Mungkin yang dapat sampai 10-12oz tu anaknya minum sampai 6-8 botol sehari berbanding sis yang anak minum hanya 4 botol sahaja. Jadi supply dia adalah lebih tinggi seiring dgn demand anaknya yang tinggi.
Bila sis dah tahu tentang fakta ni, biasanya kita takkan terjejas dengan hasil yang org lain dapat. Jadi, jangan membandingkan hasil kita dengan orang lain kerana keperluan bayi kita adalah berbeza.
Ada mommies yang mengadu susu cuma 2oz setiap kali perah. Bila saya selidik, rupanya jadual pam tak jaga.
Bila breast dibiarkan penuh melebihi 3 jam, FIL hormone (Feedback Inhibitor Lactation) akan bertambah di breast. Senang cerita macam ni, bila FIL bertambah, otak akan trace yang demand semakin berkurang.
Jadi, otak ‘tak nak’ hantar hormon prolaktin dan oksitosin (hormon susu) ke breast. Makanya, production akan berkurang dan itulah puncanya kenapa susu mommies drop.
Tapi saya bersyukur kesedaran mommies sangat tinggi. Bagus pada mommies yang tak segan untuk bertanya dan minta nasihat untuk atasi masalah ini.
Alhamdulillah ramai yang dah berjaya semula untuk increase production. Just focus untuk maintain demand & supply.
Sumber: FEED by Ummi Najla
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Anak Batuk Asyik Bergantung Pada Ubat, Ibu Ini Buat Sendiri Cough Syrup Untuknya

Anak kecil di bawah usia lima tahun jika selalu diserang batuk adalah perkara normal kerana sistem imunisasi tubuhnya masih belum kuat. Tapi, takkanlah kita mahu anak asyik bergantung kepada ubat saja kan? Biasanya apabila anak batuk diselangi dengan demam, mulai tidak aktif dan dadanya berombak kuat serta mempunyai lekukan di dada harus segera dibawa ke hopsital untuk buat xray pada dadanya. Seorang ibu di Facebook, Yatie Emra telah berkongsi kisah anaknya yang selalu diserang batuk.
Ketika dibawa anaknya ke klinik dan dapat ubat, apabila balik tu Yatie mendapati anaknya semakin kerap batuk, nafasnya menjadi laju dan berbunyi wheezing. Juga ada lekukan pada tengah dada dan kakinya mulai sejuk. Menghabiskan lebih kurang satu jam untuk membuat tepuk percussion bagi mencairkan kahak serta buat urutan reflek point sinus bagi mengurangkan masalah hidung tersumbat. Keadaan anaknya bertambah baik dan boleh tidur.
Tidak mahu anaknya terlalu bergantung kepada ubat, ibu ini membuat ubat batuk homemade yang lebih natural untuk anaknya itu. Ikuti cerita Yatie dan resipi ubat batuk homemade, jika anda berniat mahu mencubanya.
🍯UBAT BATUK HOMEMADE🍯
Rabu lepas Fydh dijangkiti selesema teruk & hidung tersumbat. Petang Khamis, start batuk jenis chesty cough lak. Mulanya saya berikan ubat batuk yang dibeli kat farmasi sebelum ni. Tapi Fydh tak serasi & masih batuk non stop. Menjelang malam, dah start demam lak. Pagi² Jumaat tu, bawa Fydh ke klinik sebab dia dah makin kerap terbatuk². Walaupun ada kahak dalam dada, doktor cakap keadaan Fydh tak teruk sangat & tak perlu ambil nab..
Balik je dari klinik, batuk Fydh makin kerap dalam 5 minit sekali. Makan ubat batuk dari klinik pun masih tak nampak perubahan. Nafas Fydh makin laju & bunyi wheezing pulak. Nampak dia tarik nafas dalam (bila bernafas ada lekukan dalam kat tengah² pertemuan tulang selangka) sebab susah nak nafas. Kaki dia pun mula terasa sejuk je sebab tak cukup oksigen dalam badan. Dekat sejam saya ulang tepuk percussion untuk cairkan kahak & urut refleks point untuk paru² pada belakang, dada, tapak tangan & tapak kaki.. Urut refleks point sinus & sinus drainage untuk kurangkan hidung tersumbat. Alhamdulillah, bila dah lega sikit Fydh tertidur gak..
Masa tu la saya terfikir, sampai bila nak bergantung pada ubat batuk semata².. Masa gi klinik tu, saya ada tanya doktor dah 3 bulan++ Fydh asyik batuk on-off. Walaupun dah habis ubat batuk, sesekali anak akan terbatuk & bunyi kahak dalam dada. Lepas 2-3 minggu, mesti batuk berulang lagi. Doc cakap batuk berulang dikalangan kanak² ni perkara biasa. Terutamanya kanak² usia 5 tahun ke bawah ni, memang selalu jer kena batuk berulang sebab imun badan tak kuat. Tapi kalau batuk disertai tanda² badan lemah, demam, nafas jadi laju serta ada lekukan dalam bawah rusuk bila bernafas, kena gi hospital lak, buat chest xray untuk check jangkitan paru².
So kalau batuk on-off lagi lepas ni, takkan Fydh nak bergantung sepenuhnya pada ubat batuk & berlarutan lak sampai imun badan dia kuat..? Mungkin akan batuk lagi beberapa bulan, mungkin setahun-2..?? Apa yang buatkan saya bertambah risau.. Risiko Fydh ni kena asthma tinggi sangat sebab keluarga kedua² belah saya serta suami ada masalah asthma & resdung, nak² Fydh sendiri pun ada mild eczema. Tu belum lagi risau kalau kena jangkitan paru² lak sebabkan masalah berkaitan batuk ni.. Huhu..
Fydh ni kalau batuk biasa, kurang gak bila minum madu. Tapi batuk kali ni, kurang berkesan kalau minum madu semata².. Tak lama dulu, saya pernah buat resipi campuran madu+lemon+minyak zaitun (dari artikel livestrong). Masa tu saya sendiri yang alami batuk berpanjangan. Walaupun ia berkesan pada saya tapi campuran tu terlalu masam (trigger gastrik) & kurang berkesan untuk Fydh. Dalam bulan Mac lepas lak, saya pernah cuba resipi ubat batuk (madu+bawang) dari perkongsian Dr. Rizal, tapi Fydh tak gemar lak rasa bawang yang terlalu kuat. So kali ni saya gabungkan semua info yang saya dapat dari perkongsian Dr. Rizal, Dr. Suri Roowi & beberapa sumber lain untuk hasilkan resipi ubat batuk homemade yang hanya gunakan bahan² alami dari dapur.. Sementara Fydh tidur tu cepat² lah saya masuk dapur & siapkan ubat batuk homemade ni..
Saya sempat rendam sejam je dulu sebab Fydh dah terjaga & batuk non stop balik. Badan dia mula nampak lemah sebab dia langsung tak nak makan sebabkan asyik batuk je. Lepas berikan rendaman madu tadi, sekali lagi saya buat tepuk percussion untuk cairkan kahak & buat urutan refleksologi untuk redakan batuk.. Mujur gak setiap kali saya buat tepuk percussion & urut refleks point ni, batuk Fydh akan lega sikit..
Dalam 20min++ lepas beri rendaman madu tu, batuk Fydh beransur kurang & badan dia mula berpeluh.. Sebelum ni badan dia langsung tak berpeluh (padahal dia memang jenis kuat berpeluh). Walaupun masih ada bunyi wheezing, tapi kekerapan batuk dah kurang dalam 30 minit sekali. Sampai malam, sempat 2x gak Fydh minum. Batuk pun dah kurang sejam sekali.. Bila tidur malam pun tak kerap sangat batuk macam waktu siangnya.
Pagi Sabtu, Fydh dah mula aktif & berselera bila makan. Dia masih terbatuk² dalam sejam-2 sekali, tapi kahak pun dah makin cair. Takdelah susah & sakit sangat dada masa anak terbatuk² tu.. Bunyi wheezing pun dah takde. Fydh pun dah mula boleh main macam biasa. Sebenarnya Sabtu tu saya sendiri pun dah jangkit selesema & batuk. Tekak mula rasa bengkak & perit disertai batuk dengan kahak yang pekat dalam dada. Lepas ambil rendaman madu ni, memang terasa perbezaannya & tekak pun dah tak rasa membengkak.
Malam tadi pun Fydh boleh tidur lena & sekali jer terbatuk tengah malam. Hari ni, masuk hari ke-4 saya berikan Fydh rendaman madu (ubat batuk homemade) ni. Syukur alhamdulillah, batuk Fydh dah makin kurang dengan izinNya.. 😊
⋆⋆⋆⋆♡♡♡⋆⋆⋆⋆
Resipi Ubat Batuk Homemade
=========================
½ biji bawang holland/merah
150-200gm madu
3-5 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji lemon – diambil jus (anggaran 50ml)
11-15 biji bunga cengkih
Cara²:
1)Potong ½ biji bawang merah & bekukan selama 5-10 minit
2)Ketuk bawang putih, biarkan selama 10 minit.
3) Sementara menunggu tu, perah jus dari sebiji lemon. Ketepikan.
4) Tumbuk kasar cengkih & campurkan ke dalam jus lemon. Biarkan sebati seketika.
5) Bawang merah tadi boleh dileraikan atau dipotong kasar. Campurkan ke dalam madu.
6) Masukkan jus lemon & kacau.
7) Bawang putih yang telah diketuk, dicampur ke dalam minyak zaitun & dipanaskan dengan api paling kecil selama 2-3 minit sahaja. Biarkan suam sedikit sebelum dicampurkan ke dalam madu tadi.
🌟Rendam sekurang²nya sejam-2 pada suhu bilik supaya jus bawang keluar. Setelah 2 jam, barulah boleh disimpan dalam peti sejuk.
🌟Campuran madu & bawang ni lebih berkesan selepas dibiarkan terendam semalaman.
🌟Sebaik²nya kacau/goncang sebelum guna
🌟Boleh minum airnya sahaja atau makan bersama bawang (untuk Fydh, saya berikan air sahaja, tapi saya suka makan bersama bawang sebab rasa crunchy)
🌟Bagi kanak² ambil 1 sudu teh, 2-3 kali sehari/bila perlu
🌟Orang dewasa 1 sudu makan, 2-3 kali sehari/bila perlu
🌟Orang yang alami masalah gastrik sebaik²nya ambil 1 sudu teh je dulu & jangan ambil sewaktu perut kosong (pastikan alas perut sikit, bukannya makan sampai kenyang). Jika tiada masalah, barulah boleh ambil 1 sudu makan.
🌟Pastikan simpan dalam bekas bertutup
🌟Anak setahun ke bawah tak boleh minum madu yer.
🌟Sebaik²nya buat dalam kuantiti yang sikit (atau sukatan 2x ganda) & buat baru setiap kali habis sebab kandungan allicin & khasiat akan berkurangan jika disimpan lebih lama.
Saya share cara saya buat ubat batuk homemade ni bukan nak galakkan orang ramai supaya tak perlu ke klinik & dapatkan rawatan perubatan jika sakit ye. Tapi bila makan ubat batuk pun dah tak menjadi, atau batuk berpanjangan bolehlah cuba cara alternatif lak.. Lagipun ubat batuk homemade ni gunakan bahan² alami dari dapur je.. 1 lagi kelebihannnya, banyak bahan dalam ni berfungsi untuk tingkatkan imun badan. So kalau tak batuk pun, sebenarnya boleh je ambil rendaman madu ni..
Sekarang jom saya terangkan khasiat setiap bahan² dalam ubat batuk homemade ni lak..
❤BAWANG
🔹Boleh gunakan bawang holland atau bawang merah. Tapi menurut Dr. Suri Roowi, bawang holland ni tinggi mineral manakala bawang merah lebih tinggi kadar antioksidan & tinggi vitamin C.
🔹Bawang merah bila dibekukan seketika, khasiatnya akan bertambah menjadi 200 kali ganda (info dari Dr. Suri, boleh baca post tentang sayuran antikanser)
💛MADU (pastikan yang asli)
🔹Tinggi antioksidan, tingkatkan imun badan
🔹Mengandungi pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan² ni terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. (theAsianparent Malaysia)
🔹Madu lebih baik dalam melegakan dan mengurangkan kesan batuk daripada diphenhydramine iaitu bahan dalam ubat batuk. (medic.usm)
🔹Madu kelulut merupakan madu yang terbaik, hanya amik masa 5-30 minit untuk diserap ke dalam darah. (Dr. Suri Roowi)
🔹Orang yang ada masalah gastrik, lebih baik gunakan madu tualang sebab madu kelulut lebih masam (Dr. Suri Roowi)
💚BAWANG PUTIH
🔹Bawang putih perlu diketuk/dihancurkan & dibiarkan selama 10 minit supaya Allicin terbentuk. Allicin berfungsi sebagai antikanser, membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. (Dr. Suri Roowi)
🔹Jika bawang putih yang telah diketuk & dibiarkan selama 10 minit ditambahkan minyak zaitun, akan menghasilkan Ajoene. Ia merencatkan pertumbuhan sel kanser (Dr. Suri Roowi)
🔹Gabungan bawang putih & minyak zaitun juga merupakan salah satu petua tradisional untuk batuk, asthma & masalah berkaitan pernafasan.
🔹Jika bawang putih dipanaskan dengan suhu yang rendah (35°C), akan tingkatkan lagi aktiviti enzim & menggalakkan penghasilan Allicin. Tapi ia akan termusnah pada suhu lebih tinggi dari 40°C (sebab tu panaskan bawang putih dengan api perlahan & kejap je)
🔹Boleh tambah bilangan bawang putih ikut selera, tapi orang yang alami masalah darah cair, perlu kurangkan/kawal pengambilan bawang putih
💜MINYAK ZAITUN
🔹Berfungsi sebagai antioksidan, tinggi
hidroksityrosol & memainkan peranan dalam kesihatan jantung, paru-paru serta meningkatkan sistem imun
🔹Berfungsi melincirkan kerongkong & mengurangkan pedih akibat batuk. Ia mengandungi agen oleocanthal yang bertindak mengurangkan radang pada kerongkong sama seperti ibuprofen berfungsi
🧡LEMON
🔹Tinggi vitamin C (diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan proses penyembuhan), antibakteria, tingkatkan imun, kurangkan penghasilan mukus, mengurangkan selesema & batuk.
💙CENGKIH
🔹Berfungsi melegakan kerongkong akibat batuk serta mengurangkan sakit tekak, batuk & asthma. Juga berfungsi sebagai antioksidan & antibakteria.
Nota Kaki👣:
⭐Jika anak terbatuk² tanpa henti, selain buat tepuk percussion, pastikan
👉minum air kosong secukupnya
👉boleh juga berikan anak minum air rendaman cengkih+madu untuk berikan kelegaan pada tekak (ketuk sedikit cengkih supaya minyak patinya keluar, rendam dalam air panas & setelah suam tambah madu)
👉berikan air rebusan halia untuk kurangkan batuk (tambah madu bila dah suam).
👉Banyakkan juga penggunaan cengkih/halia dalam masakan (boleh masukkan 2-3 biji cengkih ketika masak nasi, lebihkan halia jika masak bubur nasi, lebihkan cengkih & halia dalam sup, dll)
👉Apape jenis herba & rempah ni memang kena basuh dulu sebelum guna. Saya basuh cengkih & keringkan guna kitchen towel dulu sebelum tumbuk.
Semoga dengan perkongsian dari ibu ini dapat membantu anda yang mahu mencuba alternatif semula jadi bagi membantu mengurangkan masalah batuk berkahak pada anak. Selamat mencuba!
Sumber: Yatie Emra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berseri Ibu Anak Empat Ini! Penampilan Terbaru Datin Almy Makin Cantik & Ayu

Penampilan sopan dan lebih manis isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia yang dilihat mula bertudung ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Video mereka sekeluarga itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan Datuk Fizz Fairuz ketika membawa anak-anak makan angin sempena minggu cuti persekolahan.
Dalam rakaman tersebut memaparkan ibu kepada empat cahaya mata perempuan ini bersama suami sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.
Apa yang mencuri tumpuan, Almy kelihatan cantik dan ayu sekali memakai tudung bawal berwarna biru gelap sambil mendukung anak keempatnya.
Menerusi ruangan komen, kebanyakannya memberi pujian terhadap penampilan terbaru Almy yang nampak semakin berseri-seri.
“Datin memang dah cantik, pakai tudung lagi bertambah ayuu❤️❤️❤️”
“Love sangat-sangat Almy pakai tudung…serius cantiknya…😍😍😍..terus pakai tau.”
“Ayu berseri-seri datin berhijab semoga istiqamah syukur Alhamdulillah aamiin❤️❤️❤️”
“Alhamdulillah syukur..cantik datin bertudung 😍”
Sementara itu, dalam satu posting di Instagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai tudung ketika pergi mengambil anak sekolah sewaktu melakukan panggilan video bersama anaknya yang kecil.
Bagaimanapun, setakat ini Almy Nadia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan terbarunya namun ramai mendoakan semoga Almy terus istiqamah.
Kredit: Instagram FizzAlmyofficialfc & Almy Nadia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI