Anak sulung Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan, 15, selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut perkongsian Datin Shahida di laman instagramnya, dia menyifatkan anak sulungnya itu dikurniakan rezeki awal kerana berpeluang menunaikan haji di usia muda.
“Gambar masa kecil tu umur ammar 1 tahun..masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah”
“Sekarang ammar dah 15 tahun …Rezeki ammar dapat tunai haji di usia muda..semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat bimbing adik-adik”
Datin Shahida turut mendoakan anak sulungnya agar urusan menunaikan haji dipermudahkan.
Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar…semoga dipermudahkan segala urusan.. Doakan keluarga kita🥰
Kredit: Datin Shahida
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budak 2 Tahun Maut Kebakaran. Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain
Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung, manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan, awal pagi Khamis (28 April).
Menerusi laporan Metro, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi.
Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Empat jentera termasuk dua jentera FRT terbabit dalam operasi terbabit.
“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100 peratus dan 90 peratus.
“Enam mangsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cedera ringan.
“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
“Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran dan letupan dahsyat melibatkan dua rumah terbabit.
Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan itu membabitkan dari pelbagai sudut kerana kemusnahan dua rumah semi D itu dipercayai bukannya berpunca daripada kebakaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bahan termasuk mercun dan bunga api.
“Kita akan menyiasat keseluruhan kejadian supaya kita dapat pengesahan punca berlaku letupan. Jika dilihat pada dasarnya kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.
“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api. Tapi Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.
“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran dan letupan itu.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.
Wan Mohammad Zaidi menjelaskan kebakaran ini menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat yang menyebabkan struktur rumah kedua dua buah rumah ini rosak teruk dan menyebabkan dinding serta bumbung rumah runtuh.
“Berdasarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 10 kilometer,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
Kredit: Metro & Sinar Harian
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tinggal Kami 8 Beradik.” Dalam 3 Hari Yatim Piatu Setelah Ibu Ayah Pergi Akibat Covid
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes kematian akibat wabak Covid-19 dilihat semakin menjadi-jadi. Keadaan ini dianggap sebagai ancaman dalam diam dan tak dapat nak pastikan siapa yang akan kena.
Apa yang menyentuh hati jika kematian ini melibatkan insan tersayang dan tidak dapat memberi ciuman terakhir. Seperti kisah lapan beradik ini yang sekelip mata menjadi anak yatim piatu kerana ibu dan ayah meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapa pergi dulu, dua hari kemudian ibu pula dijemput ilahi
Antara nyawa yang terkorban itu, ibu bapa kepada Nazurah Nabilah Yajeed, berusia 19 tahun. Arwah ibu bapanya yang sebelum ini mencari nafkah hanya dengan berniaga goreng pisang, kembali ke rahmatullah akibat Covid-19 dalam jangka masa tiga hari. Pemergian ayah ini meninggalkan Nabilah yatim piatu bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun.
Sebilangan besar adik-adik Nabilah masih bersekolah, kecuali adik bongsunya yang berusia empat tahun. Nabilah sendiri merupakan pelajar di Kolej Politeknik Mersing di Johor.
Dia berkata bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat Covid-19.
“Saya akan jaga adik-adik..”
Menurut laporan MalaysiaKini, pada mulanya, ibunya diuji positif pada 18 Jun sehingga dia pergi ke (pusat kuarantin dan rawatan) Maeps, dan kemudian pada 21 Jun, dia mengalami kesukaran bernafas kemudian dia terus masuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri. Namun, apa yang menyedihkan adalah ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Julai.
“Ayah saya adalah kontak rapat ibu saya. Saya tidak ingat hari apa dia mengambil ujian dan disahkan positif tetapi dia sukar bernafas dan dimasukkan ke hospital pada 30 Jun. Dia dimasukkan ke ICU di Rumah Sakit Selayang dan selepas itu ‘ditidurkan’. Dia tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat lalu,” kata Nabilah.
Kini Nabilah dan adik-adiknya tinggal di rumah ibu saudaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Ibu saudaranya tidak bekerja dan sebelum ini positif Covid-19.
Nabilah berkata mereka semua baik-baik saja sekarang dan baru sahaja menyelesaikan tempoh kuarantin mereka. Jelasnya lagi, mereka sedang menunggu untuk memotong gelang merah jambu mereka.
Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga mereka, Nabilah sedar hidup mesti diteruskan, apalagi dia kakak sulung kepada tujuh adik-adik untuk dijaga.
“Ya, saya terkejut dan saya masih sedih, tetapi tak mengapa. Saya perlu terus tinggal bersama adik-adik saya,” katanya.
“Terima kasih, ramai yang sudi bantu kami”
Nabilah berkata setakat ini dia mendapat bantuan daripada jiran-jiran dan juga beberapa orang tidak dikenalinya, yang menghulurkan bantuan makanan dan wang. Pun begitu, Nabilah berkata dia terbuka untuk menerima lebih banyak bantuan untuk membantu keluarganya kembali berdikari.
Bagi mereka yang ingin menghubungi Nabilah untuk memberikan bantuan, dia boleh dihubungi di nazurahkai14@gmail.com. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun (12207020456204 BIMB – NAZURAH NABILAH BENYAJEED)
Kredit: Malaysia Kini & Sirap Limau
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Skrin TV Pecah Sebab Anak Melasak, Rugi Beribu Ringgit!” Ibu Ini Kongsi Cara Beli Screen Protector TV
Adat anak kecil yang tengah membesar, aktif dia memang lain macam. Kalau tak dipantau silap-silap banyak barang dalam rumah yang dipecahkan.
Perbuatan mereka bukanya sengaja, kadang-kadang sifat aktifnya dan suka membaling barang ketika bermain. Semuanya ada kaitan dengan perkembangan motor halus anak-anak tapi jika tak bernasib baik silap-silap TV pun boleh pecah.
Sama seperti ibu ini, dia turut mempunyai pengalaman skrin tv pecah disebabkan anak-anak yang lasak bermain. Dia berkongsi pengalaman ngeri itu apabila skrin tv pecah diketuk oleh anak kecil menggunakan mainan.
Akhirnya skrin tv pecah dan suaminya terpaksa membeli tv baru dan mengalami kerugian ribuan ringgit. Sebagai langkah berjaga-jaga, suaminya mengambil keputusan untuk memasang screen protector tv bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Anak tak sepah apa-apa lagi arini.. Tapi nak cerita akhir tahun lepas si adik ketuk tv pakai permainan dia.. Lalu bergelap tv tu 🥴 so ayahnya decide beli tv baru & pasang screen protector ni..
Alhamdulliah.. Setakat ni kalau anak campak mainan ke ketuk-ketuk ke tak kena skrin TV. So yang ada anak kecil tengah melasak boleh la cuba pakai screen protector ni sebab tebal & dperbuat daripada arcylic & paling penting tak jejas kualiti gambar..
Nak lap screen pon senang.. Tak risau dah 😊 semoga membantu berjimat daripada beli tv berkalikali di musim pkp ini 😁
Kredit: Ann Nadzri
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI