Percaya tak anak-anak sebenarnya punca rezeki kita? Jangan pernah rasa susah dan terbeban dengan kehadiran mereka kerana kehadiran mereka sebenarnya membuka pintu rezeki buat kita sekeluarga. Dalam rezeki kita sebenarnya terselit rezeki untuk anak-anak.
Sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!
Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak. Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia nak kita beli.
Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak di manjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia. Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja.
Rezeki anak-anak ni datang dalam pelbagai bentuk. Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa di tagih. Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih di kasihi.
Macam-macam..
Memang la yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak. Memang la yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak. Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah.
Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu..
Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya. Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja. Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, ngada-ngada dan sebagainya.
Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat. Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak.
Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam,
Kredit: Mohd Fhais Salim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI