Rezeki anak ramai. Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail selamat menimang cahaya mata ke-12 mereka sekitar jam 3.43 petang Isnin.
Pasangan yang viral menerusi perkongsian satu akaun di Tik Tok itu sudah pun mendirikan rumahtangga selama 19 tahun dan ia merupakan rezeki anak ke 12 pasangan ini.
Memetik laporan Harian Metro, Shamsuri yang menimang cahaya mata lelaki itu meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan berasa sangat lega kerana urusan isterinya untuk melahirkan anak dipermudahkan.
“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri dan tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.
“Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri malah anak lain pun teruja dapat adik baru. Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami.
“Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya,” katanya berkongsi.
Shamsuri, 39 yang merupakan seorang pengamal perubatan tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang.
“Jika ada rezeki, saya nak lagi kerana anak pun anugerah Allah SWT.
“Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga,” luahnya.
Terdahulu, kisah hidup Shamsuri dan isterinya pernah tular di TikTok dan meraih perhatian wargamaya kerana dikurniakan 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Harian Metro, TikTok