Selepas tular video kanak-kanak perempuan menangis baru-baru ini kerana cemburu posmen sering menghantar bungkusan milik mamanya sahaja, akhirnya ada kejutan tak disangka oleh anak ini.

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

Menerusi video TikTok dikongsi Asyila Alli, anaknya yang mesra dipanggil Insyirah sering kali merungut apabila barang ‘online’ yang sampai bukan atas namanya sehingga perlu dipujuk. Semua gara-gara jealous ya!

@aliysar20Apabila ko asyik shopping online je. Anak pun jealous sebab tak belu barang kat dia 😂##foryoupage ##fyp ##fypシ ##fypsounds ##foryou ##CapCut♬ What Lovers Do – 李毅然•

Bagaimanapun, dalam perkongsian terbaru mamanya, Insyirah telah mendapat kejutan istimewa selepas video dia menangis itu meraih perhatian pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad. Pos Malaysia berbesar hati untuk memberi hadiah istimewa dengan memberi kepadanya sendiri.

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

Video itu memaparkan keterujaan dan kegembiraan di raut wajah Insyirah ketika membuka bungkusan kotak tersebut yang turut disertakan dengan kad ucapan daripada pihak Pos Malaysia.

Ads
@aliysar20Ingat tak video insyirah viral minggu lepas. Mama dpt msg dr pos msia nk bagi hadiah kt insyirah. Alhamdullilah ❤️##fypsounds ##foryoupage ##foryou ##fypシ♬ original sound – Asyila Alli

“Hai adik Insyirah, ni ada hadiah istimewa daripada abang posmen. Adik jangan menangis dah ye?

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

“Tabung comel ni abang bagi khas dekat adik je. Simpan duit dalam tabung ni, nanti boleh join mama shopping!..” 

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

Ads

Perkongsian video berdurasi 32 saat itu dihujani komen netizen yang turut gembira melihat reaksi teruja dan senyuman manis kanak-kanak tersebut.

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

Orang ramai juga turut memuji usaha pihak Pos Malaysia yang memberikan hadiah tabung berkenaan sekaligus mendidik anak kecil mengenai tabiat menabung sejak dari kecil.

“Sukanya dia.. Rezeki adik”

Ads

Rezeki Awak Dik.. Nangis Asyik Barang Mama Je Sampai, Pos Malaysia Buat Suprise

Kadang ragam anak-anak kita ni lucu. Semua ini berlaku secara spontan. Tapi momen inilah yang akan dikenang bila dia besar nanti.

Malah tindakan Pos Malaysia juga harus dipuji kerana berjaya membuatkan anak kecil gembira. Soal hadiah tu nombor dua. Lepas ni adik Insyirah dah tak cemburulah dengan mama ye..

Kredit: TikTok aliysar20

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI