Rezeki tak pernah salah alamat. Tular video memaparkan pelakon popular Fattah Amin menaiki kereta mewah berwarna ungu di hadapan sebuah kedai emas.
Menerusi video berdurasi 29 saat yang dikongsi akaun TikTok milik All Fend Studio, Fattah Amin dilihat berada disebuah majlis pelancaran.
Dalam video berkenaan kelihatan Fattah Amin bersalam dan memeluk seorang lelaki setelah penyerahan kunci sebuah kereta.
Apa yang meruntun jiwa, reaksi Fattah Amin penuh makna apabila memeluk lelaki berkenaan sambil memejam mata.
Bukan itu sahaja, riak wajah pelakon popular ini seakan termenung apabila berada di dalam kereta mewah jenis Lamboghini mengundang seribu pengertian dikalangan peminatnya.
Ads
NETIZEN DOA BAIK-BAIK DAN SEBAK
Ads
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mungkin ia adalah rezeki untuknya atas kebaikan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, kereta mewah berwarna ungu itu tidak dapat dipastikan sama ada diberi khusus untuk Fattah Amin atau sekadar gimik pelancaran untuk produk terbaru kedai emas terbabit.
Apa-apa pun semoga urusan dan rezeki Fattah Amin dipermudah di masa hadapan. Juga doa ibu ayah sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan dan kekuatan buat Fattah Amin.
Penyampai radio dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu, menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anak lelakinya.
Menerusi perkongsian yang menyentuh hati di Instagram, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen gembira yang membuatkan air matanya tidak henti mengalir sempena genap ulang tahunnya ke 40 tahun.
Dalam hantaran itu, Jep seolah-olah memberi bayangan bahawa anaknya didiagnos autism menerusi hashtag ta, #anakabah#anaksyurga#autism yang ditinggalkan di ruangan kapsyen.
Pun begitu, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.
Harini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir.”
“Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini. Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup. Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu.”
Ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini. Sesungguhnya, anak-anak ini adalah anugerah dari syurga hadir dengan ujian, tetapi juga membawa rahmat yang tak ternilai.
Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira berkongsi satu momen lucu di instagram mengenai anak perempuannya iaitu Engku Aleesya yang dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin memasak nasi untuk hidangan makan malam.
Masak nasi, lupa masuk air
Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu memasak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk memasak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.
Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.
Kongsi Erra lagi, mujurlah ketika itu mereka ada bekalan nasi lemak. Jadi, bolehlah dijadikan hidangan makan malam. Dalam satu video yang lain, Aleesya menjelaskan bahawa sebenarnya dia ingin memasak nasi tetapi ketika itu dia terlupa untuk memasukkan air.
You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.
Pengalaman berharga buat Aleesya
Sementara itu, Erra Fazira tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya supaya anaknya itu tidak berputus asa untuk belajar dan tidak berhenti mencuba lagi.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat Aleesya dan mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya seorang anak yang bagus dan ada usaha untuk cuba memasak sendiri.
Kredit: IG Erra Fazira
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.
Dalam kenyataan, KPM berkata, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan bermula 2, 3, 4 dan 5 Disember, manakala Ujian Amali Sains pula bermula dari 9,10 dan 12 Disember ini.
KPM Umum Tarikh Sebenar SPM 2024, 2 Disember Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula
“Ujian Bertutur Bahasa Inggeris akan bermula 16,17,18, dan 19 Disember; Ujian Mendengar Bahasa Melayu (31 Disember) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember).
“Ia akan disusuli Peperiksaan Bertulis yang akan berlangsung pada 2 Januari hingga 6 Februari 2025,” kata kenyataan itu, hari ini.
Seramai 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
Manakala 126,636 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.
KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang SPM 2024 berlangsung.
“Jadual waktu SPM 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.
“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” maklum kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPM turut memandang serius berhubung keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM.
Kata mereka, pihaknya sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.
“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.
“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” ujar kenyataan tersebut.
Akhir sekali, KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan SPM 2024 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Pihaknya mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.
Amsyar dan Keajaiban Roti Canai Terbang: Bakat Luar Biasa dari Si Cilik
Dalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini, kita sering kali terlepas...