Rezeki anak! Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa terharunya selepas menerima cenderahati berupaya wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas mengetahui dirinya hamil.
Ujar Uyaina lagi, wang itu diberikan kepadanya sewaktu menerima kunjungan Diraja itu ke Media Prima semalam.
Bersyukur dengan pemberian tanpa disangka itu, kata Uyaina, dia mahu menyimpannya sebagai tanda kenangan.
“Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Nak simpanlah duit ini. Jadikan ibu duit supaya duit baby saya boleh beranak pinak nanti,” ujarnya.
Bahkan Uyaina juga turut memuji sikap mesra Permaisuri malah sudi berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
“Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang saya mengandung.
“Masya-Allah rezeki baby Alhamdulillah. Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah,” ujarnya.
Terdahulu, pada penghujung Disember lalu, Uyaina mengumumkan dia kini sedang hamil anak keduanya bersama suami, Raja Syahiran. Uyaina dan Syahiran dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!